31 July 2006

30 Julai 2006 (SUNWAY FAMILY DAY


Wow! hari ini adalah hari yang paling memenatkan tapi best!

For the whole day, I just laugh, laugh and laugh!

Kadang-kadang hairan sungguh kehidupan ini, banyak perkara berlaku adakalanya bertentangan dengan apa yang kita idamkan atau impikan didalam hidup ini.

Dia adalah rakan sekelas yang mana dulu aku agak skima bila bertentangan mata dengannya.....dia selalu "over acting" dan bolehlah jugak dikatakan antara pelajar terbaik sekolah! Iyalah.....manakan mungkin sepadan nak berbual mesra dengan aku yang kerek ni dan dahlah tak pandai, sepertimana dirinya. Tapi, semalam.....barulah dirinya aku kenali walaupun tidak sepenuhnya.

We had a good time yesterday.....sehinggakan adakalanya aku rasa nak seligi jer dirinya bila dia lebih pentingkan "cap SUNWAY" nya daripada nyawa aku! Ada ka patut budak tu! Hish! sabar jer aku. Nyawa aku nyaris nak melayang semalam disebabkan "CAP SUNWAY" jingga miliknya itu.

Seharian menjerit sehinggakan tekak aku rasa agak kurang selesa.....iyalah semua games yang ada kat situ aku main kecuali "flying ship" dan games yang aku rasa tak serasi dengan taste aku seperti "cawan bodoh", "kuda pusing" dan ada beberapa lagi yang aku lupa. Ada ke patut si yati tu suruh aku naik "cawan bodoh" tu bila dia bengang sebab aku tak nak temankan dia naik "flying ship" tu.....huh! tak naklah aku naik benda alah tu.....aku tengok ianya tak berapa secured sangat.....SCARY beb!

Tapi dia tu aku respect betul kat dia. TOMAHAWK tu 2x dia naik, aku naik sekalipun dah rasa nak tercabut kepala lutut ni! Dahlah tempurung lutut aku ni pernah beralih masa accident masa form 3 dulu.....lagilah rasa lemah longlai terus sewaktu aku turun daripada TOMAHAWK tu. Tapi si yati ni steady jer aku tengok dia.....rupa-rupanya dia tutup mata setiapkali games tu! Hampeh betul! Sabar jer aku....patutlah dia tak se "excited" aku yang terjerit-jerit nie.....