Kadang-kala aku hairan dengan orang-orang yang merasakan dirinya adalah seorang Melayu tapi bila dia buka mulut saja memulakan bicara, aku jadi pening kepala.
Pening kepala kerana tak faham dengan lengguk bahasa yang cuba disampaikan kerana aku sukar untuk meneka dialek bahasa Melayu manakah yang sebenarnya cuba dituturkan....?
Rupa-rupanya bahasa "Moden" yang sudah hilang identiti Kemelayuannya....dan aku ternganga sendirian kerana sukar memahami maksud yang cuba disampaikan itu.
Bahasa Melayu kita ini indah.
Dan, kerana keindahan itu.....ianya pernah GAH diseantero dunia.
Jadi berbanggalah kerana bahasa Melayu pernah menguasai pentas bicara dan bukan hanya sekadar bahasa pasar atau bahasa perbualan semata-mata.


No comments:
Post a Comment