Alhamdulillah.....syukur pada Allah.
Sebahagian daripada pintu rezekiku telah dibukakan oleh Allah. Lewat petang tadi, terima berita yang menggembirakan daripada Ms. Karen.
Aku terlalu excited bila mendapat tahu berita tersebut.....selepas segala dugaan,halangan dan ujian yang aku alami disepanjang tahun 2006 ni.....benar-benar membuatkan aku lebih menghargai segala yang aku kecapi pada hari ini.
“To love without condition…..to talk without intention…..to give without reason…..and to care without expectation…..”
22 December 2006
21 December 2006
Surrender
Tak tau apa tajuk sebenar lagu ni tapi.....lagunya best. Ahaksss.
Tak tau apa tajuk sebenar lagu ni tapi.....lagunya best. Ahaksss.
14 December 2006
Slam Dunk

Hanamichi, si rambut merah yang panas baran tapi cute dan suka berlagak! Ahaks....
Tapi, si hanamichi tu mengingatkan aku pada si Zam yang cepat perasan hebat tu.....huhuhu.....jangan marah Zam. Seronok nyakat ko!
Diari orang demam.....hari yang membosankan

Hari ini demam.
Aku paling bosan kalau nak kena makan ubat doktor. Selalunya aku akan makan kalau dah teruk sangat demam tu.....sebab tulah aku selalu kena marah dengan doktor.....ahaksss....
Doktor selalu pening kepala bila dia tengok aku masuk ke klinik dia setiapkali aku sakit.....sebabnya dia tahu bahawa aku hanya akan datang ke klinik sekiranya demam aku tu dah ditahap kritikal.
Tadi, kak As siap sms bertanyakan samada demam aku dah kebah ataupun belum. Siap dengan bagi tips lagi pulak tu.
Itu belum lagi bagitau kat Yus, sebab kebetulan tadi dia sms.....kalau bagitau kat dia yang aku ni demam, mau dia datang mengadap muka aku paksa aku pegi ke klinik. Pernah dulu kebetulan dia call pada waktu hampir tengah malam, bila dia dengar jer suara aku dah lain (tak seseksi selalu, katanya), dia mula membebel: tanya samada aku dah makan ubat ataupun belum, dah pegi ke klinik ataupun belum, dia siap risau lagi tu. Nak datang ke rumah pada malam tu jugak! Tapi, aku tak kasi dia datang kerana jauh, nanti kesian kat dia plak.....awal-awal pagi nak pegi keja. Kesudahannya bebellan dia berpanjangan dengan pesanan kalau rasa teruk sangat, terus call dia dan dia nak datang bawak aku ke klinik.
Tup-tup.....keesokan harinya dia awal pagi siap call lagi bertanyakan tentang keadaan aku. Bila dia masih lagi dengar nada suara aku yang masih lagi tidak seseksi biasa , katanya. Dia nekad nak datang tapi aku melarangnya datang kerana tak mahu mengganggu dia bekerja, tapi tahu-tahu jer , lepas maghrib dia call suruh aku turun (sebab rumah aku ditingkat 1 apartment), katanya dia tunggu aku kat bawah. Ahakssss
Dia datang dengan bala tenteranya hanya semata-mata nak menceriakanku dengan lawak-lawak bodohnya itu.....hahahahaha
Aduh! Baik sungguh adikku yang satu ini walaupun dia bukannya darah-dagingku sendiri. Aku rasa nak nangis jer pada waktu tu....siap dia nak bagi baju dia plak tu, untuk kesat mata yang hampir berair. Nak nyakat aku ler tu. Sabar jerlah....
Aduhai! Syahdunya kerana terasa disayangi....wah.....wah....wah....
11 December 2006
Something to share....."SMILES"
Sometimes your joy is the source of your smile, but sometimes your smile can be the source of your joy.
~ Thich Nhat Hanh ~
~ Thich Nhat Hanh ~
06 December 2006
Jodoh itu seumpama rama-rama?

Semakin kita mengejar, ia akan terbang semakin jauh. Tetapi, apabila kita berhenti kerana lelah atau kecewa, rama-rama itu akan hinggap dibahu.
Benarkah begitu?
Kerana aku pun sudah semakin lelah dan kecewa.....
Apakah yang ada dihatiku disaat ini?

Aku tak pasti apakah yang sebenarnya yang bersarang dihati, fikiran dan perasaanku disaat ini. Sepanjang tahun ini terlalu banyak sangat dugaan yang melanda hidupku, dan sehinggakan adakalanya aku merasakan
bahawa nafas dan hidupku sudah berada di penghujung perjalanan hidup ini. Terlalu parah, terlalu payah, terlalu sesak, terlalu tertekan dan terlalu hiba rasanya untuk aku hadapinya lagi.....
Aku tak pasti samada berapa lama lagi aku dapat bertahan dengan segala dugaan ini.....dan aku masih lagi berharap agar ada sinar yang lebih bersinar dengan ceria,bahagia dan gemilang untukku dimasa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)