30 September 2008

Sepanjang perjalanan


Dalam perjalanan ke Ipoh tempohari, mata ini tiba-tiba terpandang pada sesuatu yang amat menarik dan tertarik. Hehehe.







29 August 2008

The Cute Guy.....

 Mengingatkanku kepada seorang bekas rakan sekerja sewaktu di GSK dulu.....huhuhu

Tapi watak kartun ini masih lagi menjadi watak kesukaanku walaupun ianya telah beberapa tahun ianya ditayangkan.


Night view at KLCC











03 June 2008

Suatu perjalanan.....Cameron Highlands

27 April 2008 - Spontan!


Tak plan langsung nak ke Cameron Highland.....cuma tetiba jer gerak-hatiku decided to "naik" ke Cameron Highlands pada hari tu.

Niat dihati cuma nak balik ke Chenderong Balai tapi difikirkan bahawa aku tengah berpuasa pada hari tersebut.....tetiba jer timbul idea spontan untuk ke Cameron Highlands pada hari itu jugak dan nak turun ke Tapah pada hari yang sama.

Sampai kat Tanah Rata, Angah terkejut bila kukatakan bahawa aku "drive" sendirian ke Cameron Highlands. Hehehe.....aku sendiri pun tak percaya jugak sebenarnya.....huhuhu. Tapi, apa nak buat dah bosan sangat.....asyik "stagnant" jer carta hidup aku..... Sesekali buat idea spontan ni best jugak!


12 March 2008

Istidraj itu luar biasa.

Luar biasa bukan untuk mengangkat penerimanya.
Ia adalah suatu keluarbiasaan yang membinasakan golongan yang menjamahnya.
Keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang menjamah keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah binasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa.


Bukan sahaja mereka lupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka..

Andai saya sakit, saya tahu itu ujian Allah.
Andai saya miskin, saya tahu itu ujian Allah.

Tapi andai saya diberikan kesenangan,
andai saya dikurniakan rezeki melimpah ruah,
Saya risau saya sedang menghadapi istidraj.
Dan yang lebih menakutkan.....
saya risau saya tidak sedar yang itu adalah istidraj!