19 March 2009

Special Arts.....sesuatu yang unik dan tersendiri.....

Ada seseorang pernah berkata padaku:
"kak zu, kawan-kawan kak ni semuanya pelik-pelik belaka, dimana kak zu jumpa dengan diaorang ni?"
Tetapi, bila difikirkan semula, itulah kawan-kawan yang aku dapat disepanjang perjalanan hidup ini.....dan memang benar bahawa ada diantara mereka memang agak pelik, lucu, aneh dan bermacam-macam ragam serta personaliti dan itulah yang sebenarnya menjadikan mereka itu amat istimewa dimata dan hatiku dengan ragam mereka itu.
Dan.....inilah salah seorang diantara kawan-kawanku yang istimewa itu.....MOHD ZAMANI YUSOF.
Zam, kawan-kawan aku yang pernah tengok gambar ni beri berbagai-bagai respon tentangnya tapi bagi aku, ko memang ada bakat sebagai seorang artis pengkarya seni yang tersendiri.

Bagi aku gambar nie memang antara "the best" yang pernah aku terima daripada kawan-kawan aku yang lain.