Inikah dia Yang ku impikan Dalam lambaian firdausi Kali ini ku harapkan Bukan fatamorgana lagi Jiwa lama bersengketa Sedang hakikatnya kita sama-sama redha Hati hamba dah sedia Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi Sepertimu Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku Dalam seribu kekalutan ku cinta Dalam sejuta resah ku cinta jua Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta Rinduku bukan murahan Jika mahu dianggapkan mainan Kau tanya bilangan namamu ku sebut jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus Cinta ku yang ku maksudkan Seperti buih-buih di milik lautan Seperti nafas yang meresapi badan Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya |
“To love without condition…..to talk without intention…..to give without reason…..and to care without expectation…..”
04 September 2006
Tujuh Nafas lagi - M.Nasir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment