Bagi para pelajar tingkatan satu yang pertama kali menjejakkan kakinya ke sekolah ini, mereka dikehendaki mengisi borang pilihan kelas yang menjadi pilihan mereka. Aku juga tidak terkecuali dalam mengisi borang pilihan kelas yang menjadi pilihan aku.
Kelas yang menjadi pilihan aku adalah kelas sains rumahtangga kerana aku tak pandai memasak dan menjahit ketika itu.....nak belajar daripada mak aku? alamatler kena leter dengan mak.....telinga aku ni panas sikit kalau dengar mak aku berleter....kalau dia berleter waktu aku tengah kupas kulit bawang ~ alamat ler aku tinggalkan jer bawang tu tanpa bersuara.....dan terus tengok tv kat ruang tamu.....hahaha. Tapi, bila dia dah start menangis tersedu-sedan dan bertanya kenapa aku tak habiskan keja aku tu.....aku boleh buat muka selamba bodoh dan menjawab ~ "mak berleter bila along nak tolong, tapi bila along tak tolong mak menangis"~ terus mak aku terdiam. Aduhai.....aku tak tahu ler berapa kati atau kilogram berat dosa aku kat mak aku.....Ya Allah, ampunkanlah dosaku pada ibuku.