27 December 2011

Dua tahun bagaikan terpenjara.....

Dua tahun tanpa sebarang kisah untuk dicoretkan disini bagaikan terpenjara didalam ruang yang bersempadan tapi tidak kelihatan akan ruang sempadan itu.

Dahulunya tinta yang akan memainkan tarian hati dan perasaan diatas helaian-helaian kertas dalam menterjemahkan ruang perasaan yang berlagu sambil menyusun nada-nada indah dalam hati tetapi zaman komputer ini papan kekunci yang sedia menanti jari-jemari menarikan tarian abjad, huruf dan nombor dalam menzahirkan perasaan yang terpendam.

Teman baik bagi yang suka berbicara adalah seseorang yang sudi mendengarkan setiap butir bicaranya tetapi teman baik bagi seorang yang ingin berbicara tapi sukar untuk meluahkannya melalui nada suara ada adalah BLOG.

LAFAZKANLAH dengan semahunya.....

LIMA'11

6 - 10 December 2011
Langkawi International Maritime & Aerospace 2011

Sejak kali pertama ianya diadakan, ada impian yang terpendam didalam sudut hati ini ~ "suatu hari nanti aku akan datang jua menyaksikan pameran ini walaupun hanya sekali".

Dan kini, akhirnya berjaya juga aku menjejakkan kaki ini ke tanah Pulau Langkawi ini dan memadamkan satu daripada senarai impian yang belum tercapai.


Sedih kerana dapat mengambil hanya beberapa keping gambar sahaja:

1) Bateri handphone habis
2) Slipdisc kat belakang aku sakit balik, aku tak larat nak jalan pusing seluruh tempat pameran
    kerana disebabkan sakit ini, sebahagian daripada saraf kakiku telah terhimpit oleh sebahagian        tulang yang keluar dari tempat yang sepatutnya.....sedihnyer.