Kadang-kala aku hairan dengan orang-orang yang merasakan dirinya adalah seorang Melayu tapi bila dia buka mulut saja memulakan bicara, aku jadi pening kepala.
Pening kepala kerana tak faham dengan lengguk bahasa yang cuba disampaikan kerana aku sukar untuk meneka dialek bahasa Melayu manakah yang sebenarnya cuba dituturkan....?
Rupa-rupanya bahasa "Moden" yang sudah hilang identiti Kemelayuannya....dan aku ternganga sendirian kerana sukar memahami maksud yang cuba disampaikan itu.
Bahasa Melayu kita ini indah.
Dan, kerana keindahan itu.....ianya pernah GAH diseantero dunia.
Jadi berbanggalah kerana bahasa Melayu pernah menguasai pentas bicara dan bukan hanya sekadar bahasa pasar atau bahasa perbualan semata-mata.
“To love without condition…..to talk without intention…..to give without reason…..and to care without expectation…..”
12 February 2012
Lafazkanlah dengan bahasa yang paling indah....
Carpal Tunnel Syndrome
Saraf dipergelangan tanganku ini, hampir jadi kehitaman kerana dihimpit olehh sebahagian lemak yang berada diantara Median nerve ditapak tangan.
Ini mungkin kerana aku sudah terlalu lama menaip keyboard computer kerana memang rutin harian sebagai Setiausaha yang telah aku sandang selama hampir 12 tahun memerlukan aku menaip beberapa jenis dokumen.
Dan, diantara faktor yang lain juga adalah kerana aku suka tidur dengan berbantalkan lengan kerana rasa yang amat selesa apabila dapat berbuat demikian. Cuma sekarang ini aku agak trauma lagi setiapkali aku tidur dengan berlapikkan lengan sebagai bantalku. Aku tak nak melalui lagi sesi perbedahan itu....Seriau aku. Tapi, nasib baik ler semasa pembedahan doktor bagi suntikan ubat bius seluruh badan kerana aku tak tahu apa akan berlaku sekiranya doktor hanya biuskan aku pada sebahagian anggota tubuh badan sahaja.


Subscribe to:
Posts (Atom)