Dan.....berbagai-bagai lagi
kata-kata yang adakalanya melukakan hati dan perasaan aku sebagai hamba Allah.
Apa lagi jawapan yang mampu aku berikan.
Aku hanya mampu tersenyum tanpa
sebarang kata kerana aku khuatir.....sekiranya ada diantara kata-kata yang bakal
ku luahkan kelak akan menggugat imanku sendiri. Hati dan perasaan seseorang
yang hidup dengan rasa sakit berpanjangan amatlah sensitif dan sukar untuk
dijangkakan.
Walau bagaimanapun, aku
masih bersyukur bahawa Allah masih lagi menyayangi aku kerana walaupun aku
diduga dengan rasa sakit yang mungkin tidak akan hilang untuk seumur hidupku
tapi aku diberikan kesihatan akal dan fikiran yang masih sihat dan waras. Amin....
Luahkan
kata-kata yang baik kerana ianya mungkin akan menjadi suatu doa yang akan
dimakbulkan Allah tanpa kita sedari.