13 January 2015

Pesan atuk.....

"Jagalah hati dan perasaan jiran-jiran
kerana mereka adalah saudara kita yang terdekat 
tatkala jauh daripada adik-beradik dan saudara-mara yang lain".


08 January 2015

Tahun Baru 2015.....antara teruja, suka, duka dan harapan

lafazkanlah.blogspot.com


 Sudah beberapa hari Tahun 2015 memadamkan sisa-sisa hari di Tahun 2014.

Aku tidak sebegitu teruja menantikan setiap Tahun Baru yang menjelang tiba.....

Aku takut sebenarnya.....
Umur yang semakin bertambah tetapi
skala hayatku semakin mengecil
Setiapkali Tahun Baru menjelang, aku tertanya-tanya bagaimana kesudahan hayat hidupku nanti.....

Cita-cita dan harapan adalah untuk pengakhiran hidupku secara Khusnul Khotimah
Mudah-mudahan dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Amin.

Aku takut membayangkan disaat Malaikat Maut datang menyapa diriku.

Aku takut sekiranya amalanku tidak cukup
untuk aku menghidu wangian kasturi
mahupun memandang Jannah Allah di Akhirat kelak.




Seni Grafiti menceriakan suasana di Pasar Seni


Saat melepaskan beban tekanan di Pejabat, aku melarikan diri seketika jauh daripada pandangan mata, bangunan yang berjirankan Hotel Istana, Wisma Lim Foo Yong, Wisma Boustead dan beberapa bangunan lain beralamat di Jalan Raja Chulan sewaktu waktu makan tengahari. 

Sesak yang aku rasakan hampir melemaskan diriku.

Deruan air Sungai Kelang menjadi terapi diri di Pasar Seni.