28 March 2015

Sakit ini hikmah buat diriku.....


Beratnya dugaan bila cuba mendamaikan jiwa sendiri tatkala rasa sakit itu datang. 

Bulan ini saja aku dah beberapa hari Cuti Sakit. 

Hanya kerana kesan rasa sakit itu tidak kelihatan jelas dipandangan mata, maka orang-orang disekeliling termasuklah Ketua Bahagian meragui tatkala aku berCuti Sakit.

Tak sedih ke bila sakit? 

Memanglah aku akan rasa sedih tapi disebalik rasa sedih itu ada hikmah yang banyak, yang masih lagi dapat mendamaikan hati dan mententeramkan jiwa yang lara ini.....



14 March 2015

Motivasi diri - sesuatu yang mampu menceriakan hari-hari yang suram.


Disaat mengemas buku-buku lama.....terselit sebuah buku  kecil.  Tatkala membelek-belek helaian muka surat didalamnya ~ terselit kata-kata yang membuatkan aku tersenyum ketika membacanya.


Sejuta senyuman.....seindah bahasa wajah.....seceria suasana.....sedekah yang tidak ternilai harganya....


"Aju, kau kenal ke siapa orang tu?" ibu bertanya tatkala aku melemparkan senyuman pada seorang lelaki yang secara tiba-tiba melintas dihadapanku dengan tergesa-gesa.

"Tak kenal."

"Dah tu, kenapa senyum dengan orang yang kau tak kenal?" ibu meluahkan kerisauannya dengan sikapku itu.

"Bukankah senyuman itu merupakan satu sedekah," aku memandang wajah ibu seraya tersenyum.  Dan.....aku melihat ada senyuman diwajah ibu. 
Itu sudah cukup membahagiakan aku. 

Rasa aman disuatu sudut yang paling dalam dihati.

"Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu," sabda Rasulullah SAW ( HR Muslim)


Smiles are amazing. 
They hide so much - pain, fear, sadness.. but they reflect strength. 
A smile is one of the best acts of charity.
- Mufti Ismail Menk


10 March 2015

Renungan :Mencari Bahagia atau Mencipta Bahagia

Mencari Bahagia

Dimana ianya harus bermula
 Dan dimana pengakhiran rasa Bahagia.....


Mencipta Bahagia
Sentiasa.....


Kerana Bahagia itu sentiasa berada dimana-mana.....

07 March 2015

Andainya dia tahu.....

Disebalik wajah yang tenang ini,
 ada getar rasa kasih yang mendalam padanya
    cuma kelu untuk melafazkannya.....