18 June 2016

Salam Ramadan. Salam Dunia.

Menghampiri minggu ketiga umat Islam diseluruh Dunia berpuasa.

Sejak tahun 2012, setiap kali bulan Ramadan menjelma, aku rasa amat gembira.

Bulan yang penuh dengan keberkatan, keajaiban, keindahan, rahmat dan kasih sayangNYA.

Salam Ramadan Dunia!

02 June 2016

Lafazkanlah suara hati itu

Kerana aku ingin mendengarnya
Bicara yang sekian lama
Terpahat disudut hatimu


01 June 2016

Ringkas dan menyelerakan.....

Bau masakan kuah assam begitu menyelerakan. 

Tapi selera makan aku tiba-tiba hilang. 

Ketika memandang masakan itu, aku memang rindukan masakan itu. 

Ringkas dan menyelerakan.

Tatkala dipelawa untuk makan bersama, aku menolak dengan alasan tiada selera. 

Kesudahannya ketika sampai di rumah, aku kelaparan.