29 July 2016

Arca


Puas aku memandangnya, namun aku masih tiada jawapan mengenainya....

Apakah yang dimaksudkan dengan arca tersebut?

lafazkanlah.blogspot

Hmmm.....Merah-Kuning-Biru adalah melambangkan sebahagian warna di dalam Jalur Gemilang dan Tiga Arca itu mungkin melambangkan 3 kaum terbesar yang ada di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India didalam membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang dinamik, maju dan berinnovasi

Lafazkanlah.blogspot

Walau apa pun tafsirannya.....ianya agak menarik serta unik!

28 July 2016

Jom sertai peraduan Insta....Kat Von D Makeup



Sekiranya anda ada terpandangkan arca yang berada dicelah-celah kepadatan Bukit Bintang ini, jangan lupa ambil gambar atau video berhampiran dengan arca ini kerana anda mungkin berpeluang untuk memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Butik Sephora ini.


Peraduan ini akan berakhir pada 7 August 2016. 



Tak salah mencuba - manalah tahu anda mungkin akan menjadi salah seorang pemenangnya!

Hijau dicelah lantai batu.....


Agak menyegarkan pandangan mata tatkala disekeliling dipenuhi oleh lantai batu dikepadatan kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Hijau yang menyegarkan!

lafazkanlah.blogspot



lafazkanlah.blogspot
Unik dan tersendiri - walaupun hanya sekadar rumput buatan!

22 July 2016

Bicara hati si kemeja bercorak biru.....

Wahai hati milik Allah yang berada di dalam diri seorang hambaNYA yang berada jauh disana.

Bicara itu sepatutnya berlaku sewaktu kisah topi NIKE dan kemeja bercorak berwarna biru dulu.

Sebagaimana aku telah melepaskan segala kisah duka yang tuan empunya hati itu tinggalkan untukku tatkala dia melafazkan akad tersebut. Begitu jualah aku ingin dia melupakan aku.

Aku telah memaafkannya dan aku juga berharap dia akan memaafkan diriku.

10 July 2016

Bas express vs bas express tambahan.

Sabtu - 9 Julai 2016

"Auntie, ada tiket bas untuk ke Kuala Lumpur tak pada hari ini?" Sambil didalam hati berdetik (tak salah sekiranya aku mencuba nasib pada ketika ini) tatkala melafazkan kata-kata itu di sebuah kedai kopi berbangsa Cina.

"Ala satu kerusi kosong tapi pukui satu nanti, you mau ka?".

"Pukul satu?" (Dalam hati sambil tersenyum riang).

"Tapi amoi, itu bas tambahan tau!".

"Bas tambahan? Bas macam mana?" (Sambil dalam hati membayangkan bas yang agak kurang selesa serta agak buruk....aduhai).

"Bas persiaran"


Lafazkanlah
Alhamdulillah.....akhirnya dapat juga tiket bas express.

Lafazkanlah
 Langit yang cerah di sepanjang Highway.

Lafazkanlah
Subhanallah

Cukup selesa walaupun sekadar bas tambahan. 
Hujan yang membawa rahmat dari Maha Pencipta disepanjang perjalanan

Alhamdulillah. Akhirnya sampai di KL Sentral.

Terima kasih Allah kerana telah mempermudahkan segalanya didalam perjalananku ini.