16 April 2017

Lafazkanlah dengan seindah bahasa.....


Perkataan yang baik adalah sedekah.

Mengapa?

Ini kerana ianya dapat membuka jiwa,
menggembirakan hati,
menyembuhkan luka,
menghilangkan kemarahan 

dan

menebarkan kedamaian.....


Petikan : 

Sekalung Manikam - Untuk Orang Yang Paling Bahagia
Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

21 January 2017

Maaf saya tak tahu - Babak pertama

Tiba-tiba hati terdetik, pandangan mata pun beralih arah dari skrin Komputer pada sesusuk tubuh yang berada dihadapan meja kerjaku. 

"Aku rasa mamat ni dah beberapa kali ulang-alik depan aku" desis kata hatiku.

Entah kenapa aku rasa agak lucu dengan sikapnya, dan tersenyum tatkala terfikirkan tentang perbuatannya itu.

"Agaknya dia suka sangat main mesin 'shredder' yang terletak dihadapan meja kerjaku itu kot! Sebab tu dia asyik ulang-alik ke kawasan tu."

Aku rasa sepanjang hari ni jer dah lebih sepuluh kali dia berlegar dihadapan meja kerjaku ini.

"Apsal tiba-tiba pula hati aku terdetik rasa lain macam jer dengan dia ni?", dan aku pun rasa diri ini serba tak kena jadinya.

"Argh! Silap aku juga.... kenapalah aku boleh hilang fokus tadi".

11 November 2016

New York.....New York

Adakàh itu kesudahannya cerita diantara kita?

Kerana aku masih rindukannya.....

07 August 2016

5 August 2016 - Profile picture

Entah kenapa hati bagaikan disuruh-suruh agar melihat pada Profile picture nombor telefon bimbit tersebut. 

Aku berdialog dengan diri sendiri, "perlukah untuk aku melihat profile picture tersebut?" 

Sedangkan aku tidak lagi pasti siapakah pemilik kepada nombor telefon bimbit tersebut.

Selepas beberapa ketika, ada suatu gerak rasa yang benar-benar memaksa aku supaya memandang pada profile picture tersebut.

"hhhhuh!!! Gambar makanan apalah pula kali ni", desis hati kecilku

Tapi aku rasa pelik, makanan apa yang berwarna hijau tu? Sambil tertanya-tanya didalam diri. Tapi bila tanganku gapai cermin mata.....

"Eh....eh....jap.....apasal ditengah-tengah makanan tu macam lain jer?"

Patutlah!!! 

Ada gambar orang ditengah-tengah "makanan" tu rupanya.....

Duduk bergaya dengan cermin mata hitam berserta tulisan 'Rio De Janeiro' dibarisan tangga yang didudukinya.

Aku rasa nak marah.....aku rasa macam nak tumbuk jer dia tu.....aku rasa nak jerit pun ada.....

Sebab.....sebab.....selama ni setiapkali aku hantar 'message' dia senyap jer. Aku tertanya-tanya samada aku hantar 'message' pada orang yang sama atau orang yang berbeza (kerana pada sangkaanku bahawa dia telahpun menukar nombor telefon bimbit kepada nombor yang baru).

Lepas ni pasti aku akan delete nombor tersebut!

Kenapa ler aku boleh ada kawan yang macam ni.....?

Aduhai! Sakitnya hati.....