Aku berdialog dengan diri sendiri, "perlukah untuk aku melihat profile picture tersebut?"
Sedangkan aku tidak lagi pasti siapakah pemilik kepada nombor telefon bimbit tersebut.
Selepas beberapa ketika, ada suatu gerak rasa yang benar-benar memaksa aku supaya memandang pada profile picture tersebut.
"hhhhuh!!! Gambar makanan apalah pula kali ni", desis hati kecilku
Tapi aku rasa pelik, makanan apa yang berwarna hijau tu? Sambil tertanya-tanya didalam diri. Tapi bila tanganku gapai cermin mata.....
"Eh....eh....jap.....apasal ditengah-tengah makanan tu macam lain jer?"
Patutlah!!!
Ada gambar orang ditengah-tengah "makanan" tu rupanya.....
Duduk bergaya dengan cermin mata hitam berserta tulisan 'Rio De Janeiro' dibarisan tangga yang didudukinya.
Aku rasa nak marah.....aku rasa macam nak tumbuk jer dia tu.....aku rasa nak jerit pun ada.....
Sebab.....sebab.....selama ni setiapkali aku hantar 'message' dia senyap jer. Aku tertanya-tanya samada aku hantar 'message' pada orang yang sama atau orang yang berbeza (kerana pada sangkaanku bahawa dia telahpun menukar nombor telefon bimbit kepada nombor yang baru).
Lepas ni pasti aku akan delete nombor tersebut!
Kenapa ler aku boleh ada kawan yang macam ni.....?
Aduhai! Sakitnya hati.....
No comments:
Post a Comment