MyTeam di Stadium Bukit Jalil esok!!!!!
Agak-agak ramai tak yang menyaksikan MyTeam tu esok? Teruja jugak aku, nak tahu ler jugak kehebatan MyTeam tu.....walaupun diary tentang mereka tak pernah aku miss di TV3 setiap malam Selasa.
Dan, mereka semua tu kelakar, aktif, dan happening. Yang pentingnya adalah their burning desire yang cukup aku kagumi. Pantang menyerah sebelum kalah berjuang!!!!!
Berjuang untuk masa depan yang lebih baik.
Berjuang untuk kepuasan diri sendiri.
Berjuang untuk keupayaan, kemahiran serta bakat yang terpendam.
Aku pelajari sesuatu daripada MyTeam iaitu soal malu, malas, ego, degil serta "keras kepala", perlu ditolak ke tepi sekiranya ingin berjaya.
Kerana mereka ingin menjadi....."Simply the best for themself!"
No comments:
Post a Comment