24 August 2006

Educating Sara by Prof. Dato' Dr. Ibrahim Bajunid.

This is my favourite article.

Ditulis oleh my "ex-Boss", yang budiman -Prof. Dato' Dr. Ibrahim Bajunid.

Pertama kali membacanya, air mataku menitis.....teringatkan Allahyarham ibundaku, Sariah Binti Abdul Majid. Beliau begitu mencintai ilmu.....tapi malangnya kerana kemiskinan menghalangnya daripada mengejar impian.....

Dia selalu berkata: "Sekiranya mak berpeluang belajar dulu pastinya hidup kita akan lebih berubah....."

Dan sebahagian daripada pengalaman "SARA" itu ada berkaitan dengan pengalaman Allahyarhamah Ibundaku.



23 August 2006

Have you ever facing this kind of problem?

Perhaps, Perhaps, Perhaps - Cake

You won't admit you love me
And so how am I ever to know?
You only tell me
perhaps, perhaps, perhaps.

A million times I ask you,
and then I ask you over again,
you only answer
perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up
we'll never get started
And I don't wanna wind up
being parted, broken-hearted
So if you really love me
say yes
But if you don't, dear, confess
And please don't tell me
perhaps, perhaps, perhaps.

If you can't make your mind up
we'll never get started
And I don't wanna wind up
being parted, broken-hearted
So if you really love me, say yes
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
perhaps, perhaps, perhaps,
perhaps, perhaps, perhaps,
perhaps, perhaps,

per………….haps

16 August 2006

Samseng Jalanan

8 August 2006/ 12.45pm (sebuah kisah yang mungkin meragut nyawaku)

Aku agak kelam-kabut pada hari ini kerana ada 3 appointment yang perlu aku hadapi pada hari ini.....satu di Klang, satu di Kelana Jaya dan satu lagi di Pusat Bandar Damansara. Jarak yang bertentangan diantara satu sama lain menjadikan perjalananku pada hari ini agak kelam-kabut.

Aku rasa aku drive macam orang nak masuk kelayakan F1! Tapi, yang aku pasti memang laju giler hari ini. Aku tak terniat pun nak racing dengan sesiapapun pada waktu ini, cuma apa yang terlintas difikiran nak segera sampai ke tempat yang dituju kerana kalau boleh aku tak nak lambat untuk appointment, "not a good impression to other people".

Tanpa disedari, semasa aku buat "U turn" berdekatan dengan Subang Airport adalah sebuah kereta volvo hijau ni yang tak puas hati dengan aku.....agaknya dia ingat aku nak ajak dia racing kot! Logik ke tidak orang giler tu.....kelisa nak ajak volvo race? Bingai betullah!

Bukan setakat dia kejar kelisa aku tapi siap dia himpit dan buat aksi kejar-mengejar seperti dalam drama "Gerak Khas" tu.....this is a real story man! Dia himpit kereta aku 2 kali dan siap nak ugut aku melalui perbuatannya itu.....ataupun mungkin dia rasa tercabar sekaligus kerana aku wanita yang bertudung yang drive kereta "gile-gile camtu". Ada beberapa buah kereta yang menyaksikan adegan tersebut......dia siap pandang aku dan aku pun spontan pandang balik kat dia. Peduli apa aku. Aku lebih takutkan Allah. Bukannya manusia cam dia tu.....bukan nak riak atau takbur.....tapi cukuplah Allah sebagai pelindungku dan bukannya yang lain selain dari-Nya. Aku yakin bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.

Memang that guy tu "SICK" agaknya. Penyakit takbur dan riak kerana berkereta besar! (So.....other people must respect them just bcoz of their title or their "kedudukan and kekayaan"?). This kind of people are sick. Penyakit hati yang paling kronik!


08 August 2006

Hakikat rezeki pemberian Allah SWT.

7 August 2006 / Masjid Bandar Sri Damansara

Balik dari appointment di Seksyen 14, Petaling Jaya, terfikir difikiran bila tengok jam dah menunjukkan waktu pukul 6.45 petang. "Argh! aku perlu balik sekarang atau kalau tidak akan tersangkut didalam traffic yang sesak yang teramatlah sangat di Damansara Damai tu".....bahkan dah terkenal di Seantero Malaya akan kesesakannya itu.

"Aik! clear pulak jalan ni, selalunya tak se"clear" ini", desis hati kecil ini.

"Wow! Best nie, sebab jalan clear.....tapi jam sudah menunjukkan waktu maghrib hampir menjelang.....nak kena cari Masjid nie.....hmmm,lepas nie bolehle pegi makan kat medan selera kat Sri Damansara tu", hati kecil ku yang membuat plan kerana perut terasa teramatlah laparnya.....
Lantas aku pun membelokkan keretaku ke arah Bandar Sri Damansara, aku nak bersolat di masjid yang sentiasa mengingatkan aku pada masjid di Makkah dan Madinah. Tak ingat namanya tapi masjidnya diatas bukit.....Masjid ini pernah beberapa kali keluar dalam siaran takbir raya di TV3. Bukan kerana masjid ini glamour tapi hati aku selalu rasa seperti digamit agar datang kesini.

Lepas solat maghrib,aku buat sujud syukur kerana hari ini ada beberapa perkara yang baik berlaku padaku. Alhamdulillah, sebahagian daripada kekusutan yang aku alami selama ini terlerai.....Maha Suci dan Maha Besar Allah, Dia tetap tidak menjauh sekalipun adakalanya hambaNya ini terlalai dan terleka seketika.

Bila selesai solat dan sujud syukur, ada seorang "auntie" ajak makan sebab dia dan geng2nya berpuasa pada hari ini.....alahai! segannya.....tapi hati tiba-tiba terdetik:
"Sekiranya ada seseorang yang mempelawa atau memberi rezeki padamu tanpa kamu memintanya, maka ambillah atau nikmatilah rezeki tersebut kerana sesungguhnya rezeki tersebut adalah merupakan rezeki yang Allah telah tentukan untukmu yang disalurkan melalui orang lain". Tapi aku tak ingat kat mana aku pernah baca ayat tersebut.

Maka dengan muka tak malunya, aku pun duduk sekumpulan dengan "auntie" tersebut.
Dah memang rezeki aku agaknya, ada nasi goreng, cempedak goreng, nangka, laksa Penang dan satay kajang Hj. Samuri yang sememangnya my favourite! Alhamdulillah .....syukur sangat pada Allah SWT.
Aku rasa akulah yang paling muda kat situ.....alahai....

Sesungguhnya hidayah, rezeki, jodoh atau saat kematian didalam kekuasaanNya, sesuatu yang sukar untuk dijangkakan.....

Syukur Alhamdulillah.....

07 August 2006

Notting Hill (best sangat cerita ni!)

Bagi yang pernah menonton filem Notting Hill pasti akan dapat menghayati lagu nie:

Elvis Costello - She (Notting Hill Soundtrack)
http://music.ireans.com/title/48

She may be the face I can't forget
The trace of pleasure or regret
Maybe my treasure or the price
I have to pay
She may be the song that summer sings
May be the chill that autumn brings
May be a hundred different things
Within the measure of a day

She may be the beauty or the beast
May be the famine or the feast
May turn each day into a
Heaven or a Hell
She may be the mirror of my dreams
A smile reflected in a stream
She may not be what she may seem
Inside her shell....

Brigde:
She, who always seems so happy in a crowd
Whose eyes can be so private and so proud
No one's allowed to see them when they cry
She maybe the love that cannot hope to last
May come to me from shadows in the past
That I remember 'till the day I die

She maybe the reason I survive
The why and wherefore I'm alive
The one I care for through the rough and ready years

Me, I'll take the laughter and her tears
And make them all my souvenirs
For where she goes I've got to be
The meaning of my life is
She....She
Oh, she....

Mahligai Bernama Cinta - Farish

Padamu kuserahkan
Suatu yg bernama cinta

Kupeluk jasadmu
Dalam bayangan
Biar tak terasa
Namun ku bahagia
Resahku Berlalu
Rindu pun bertakhta
Mengharap mimpi
Memutik kenyataan

Tersentuh di jiwa
Terkesan di hati
Kemelut nan melanda
Diminda ku ini
Ingin ku katakan
Tapi tak berani
Bimbang jika kau berubah hati
Menjadi benci

Satukan dua jiwa ini
Di mahligai bernama cinta
Biar harus aku korbankan kaulah segalanya
Kasih dapatkah kau mengerti
Apa yg tersirat di hati
Bukan gurauan satu kebenaran

Nyata impianku bukan khayalan
Kesabaran kini ternyata ber erti
Kesetiaanku telah dihargai
Kujanjikan kebahagiaan tuk selamanya

Tabahkanlah hatimu oh kasih
Mengharungi dugaan
Kutetap disisimu oh kasih
Usah kau curiga
Percayalah sayangku