08 August 2006

Hakikat rezeki pemberian Allah SWT.

7 August 2006 / Masjid Bandar Sri Damansara

Balik dari appointment di Seksyen 14, Petaling Jaya, terfikir difikiran bila tengok jam dah menunjukkan waktu pukul 6.45 petang. "Argh! aku perlu balik sekarang atau kalau tidak akan tersangkut didalam traffic yang sesak yang teramatlah sangat di Damansara Damai tu".....bahkan dah terkenal di Seantero Malaya akan kesesakannya itu.

"Aik! clear pulak jalan ni, selalunya tak se"clear" ini", desis hati kecil ini.

"Wow! Best nie, sebab jalan clear.....tapi jam sudah menunjukkan waktu maghrib hampir menjelang.....nak kena cari Masjid nie.....hmmm,lepas nie bolehle pegi makan kat medan selera kat Sri Damansara tu", hati kecil ku yang membuat plan kerana perut terasa teramatlah laparnya.....
Lantas aku pun membelokkan keretaku ke arah Bandar Sri Damansara, aku nak bersolat di masjid yang sentiasa mengingatkan aku pada masjid di Makkah dan Madinah. Tak ingat namanya tapi masjidnya diatas bukit.....Masjid ini pernah beberapa kali keluar dalam siaran takbir raya di TV3. Bukan kerana masjid ini glamour tapi hati aku selalu rasa seperti digamit agar datang kesini.

Lepas solat maghrib,aku buat sujud syukur kerana hari ini ada beberapa perkara yang baik berlaku padaku. Alhamdulillah, sebahagian daripada kekusutan yang aku alami selama ini terlerai.....Maha Suci dan Maha Besar Allah, Dia tetap tidak menjauh sekalipun adakalanya hambaNya ini terlalai dan terleka seketika.

Bila selesai solat dan sujud syukur, ada seorang "auntie" ajak makan sebab dia dan geng2nya berpuasa pada hari ini.....alahai! segannya.....tapi hati tiba-tiba terdetik:
"Sekiranya ada seseorang yang mempelawa atau memberi rezeki padamu tanpa kamu memintanya, maka ambillah atau nikmatilah rezeki tersebut kerana sesungguhnya rezeki tersebut adalah merupakan rezeki yang Allah telah tentukan untukmu yang disalurkan melalui orang lain". Tapi aku tak ingat kat mana aku pernah baca ayat tersebut.

Maka dengan muka tak malunya, aku pun duduk sekumpulan dengan "auntie" tersebut.
Dah memang rezeki aku agaknya, ada nasi goreng, cempedak goreng, nangka, laksa Penang dan satay kajang Hj. Samuri yang sememangnya my favourite! Alhamdulillah .....syukur sangat pada Allah SWT.
Aku rasa akulah yang paling muda kat situ.....alahai....

Sesungguhnya hidayah, rezeki, jodoh atau saat kematian didalam kekuasaanNya, sesuatu yang sukar untuk dijangkakan.....

Syukur Alhamdulillah.....

No comments:

Post a Comment