
21 Septiembere 2006
Aku pasti bahawa semua orang pasti mengenali akan bangunan yang didalam gambar sebelah.
Aku ada kenangan yang agak lucu setiapkali memandang gambar tersebut.
Walaupun dah agak bertahun menetap di Lembah Klang, tapi aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Menara KL. Tapi, ada ketikanya rasa malu jugak sebab rakyat Malaysia yang tinggal diluar kawasan Lembah Kelang lebih up to date daripada aku ni.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Menara PETRONAS dan melangkah masuk ke bilik Senior Manager untuk proses temuduga, ingatanku tidak tertumpu 100% pada apa yang diperkatakan semasa temuduga. Aku terpaku melihat Menara Kuala Lumpur yang berada separas dengan bilik Senior Manager (Mr. Doraisingam). Jadi bila diajukan dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan tugas-tugas Setiausaha, aku menjawabnya dengan agak tergagap-gagap kerana aku asyik dengan bangunan Menara Kuala Lumpur itu.
No comments:
Post a Comment