seawal 5.30pagi aku terpaksa keluar rumah untuk membuka paip diluar rumah agar aliran air paip didalam rumah keluar dengan lebih deras.
dengan tingkap yang tidak bertutup sepanjang malam, membuatkan angin yang bertiup kencang menutup pintu rumah secara tiba-tiba dan aku.....terkunci diluar rumah hanya dengan bertuala pendek separas lutut dan berbaju lengan pendek yang agak seksi.
Panik! "aduhai.....macam mana ni?, dahlah semua kunci dalam rumah.....dan yang paling panik lagi adalah.....perut aku pulak meragam".
tapi nasib baik ler pintu kayu tu yang terkunci, so aku pun mempraktikkan aksi McGuyver yang telah diajar oleh salah seorang security dikawasan apartment tu.....
Pertama kali cuba.....tak berhasil. Aduh! Memang aku amat panik. Dengan "basic" silat dan taekwando yang aku pernah belajar.....aku dah start nak terajang pintu kayu tu.....mau aku tak panik.....dah lah baju ala spagheti strap dengan bertuala pendek paras lutut jer.....memang haru betul!
Kali kedua cuba.....dengan lafaz 'Bismillah.....' dan disertakan dengan doa dan harapan agar percubaan kali ini akan berjaya.....akhirnya.....Alhamdulillah.....aku rasa macam nak menjerit jer.....BERJAYA!!!!!
Aku berjaya membuka pintu rumah itu akhirnya.....HAHAHAHAHA.....memang pengalaman yang berisiko sungguh! Andai kata ler....tiba-tiba tuala aku tu terlucut masa aku tengah terajang pintu tu.....agak-agaknya apa ler yang akan terjadi.....Adusss.....aku tak mahu nak membayangkannya!
No comments:
Post a Comment