31 December 2007

Selamat Tinggal 2007..... Selamat Datang 2008


Selamat tinggal 2007.
Lambaian 2008 semakin menjelma.....
Selamat tinggal suka duka, jatuh bangun, bahagia derita.....seribu rasa, seribu kenangan, seribu impian, seribu harapan.
Dengan harapan yang indah di tahun baru ini

07 December 2007

Kampung Baru yang unik!

Sebuah perkampungan yang "diperbandarkan" ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur.....tetapi Kampung Baru tetap bertahan disitu.

Dan harapanku agar Kampung Baru ini terus bertahan dan wujud ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Gambar disebelah kanan ini mengingatkan aku pada cerita dalam filem-filem P.Ramlee dulu - Tiga Abdul, Madu Tiga dan lain-lain lagi.

Papan tanda perniagaan pada zaman tersebut masih lagi wujud didalam dunia yang semakin moden dan serba canggih ini.


Dan akibat terlalu teruja dengan papan tanda tersebut, aku dan Yati mengambil keputusan untuk mengabdikan "wajah" papan tanda tersebut didalam kamera digital dan telefon bimbit.

Tapi hakikatnya pada hari ini, kedai tersebut bukan lagi hanya sekadar menjual atau menjahit atau "tukang" songkok saja sebagai mata pencarian demi untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi Allah ini. Pemilik kedai terpaksa menambahkan barang-barang yang lain sebagai barangan jualan dikedainya.

Manakala gambar serkap ayam disebelah bawah ini pula, dirakamkan dihadapan kedai Mee Jawa yang terkenal sedap di Kampung Baru (sebenarnya aku sendiri pun dah lama tak tengok serkap ayam ni! huhuhu).

Teringat zaman aku kecik dulu di Bagan Datoh, arwah atuk aku memang seorang yang serba boleh! Bagilah apa saja kerja padanya, pasti hasil yang diberikan memang memuaskan. Aku terkenang pada serkap ayam arwah atuk. Malah aku ada kenangan mengejar ayam keliling rumah bersama dengan adik lelaki dan sepupu aku hanya semata-mata arwah atuk suruh kami, cucu-cucunya tangkap ayam-ayam yang bakal disembelih dan diletakkan dibawah serkap ayam tersebut agar senang bila tiba masa untuk disembelih nanti.

Adik lelaki aku punyalah nakal, siap bawak serkap ayam ni semasa operasi mengejar ayam-ayam tersebut kerana katanya susah sangat nak tangkap pakai tangan.

Tapi aku awal-awal lagi dah "give-up" nak berlari kejar ayam-ayam tu kerana keadaan kampung Parit 2, Sungai Sumun,Bagan Datoh yang "lecah" pada waktu tu. Aku tak suka sangat main dengan selut dan lecah pada waktu kecil dulu kerana aku geli dengan selut dan lecah yang akan melekat dibadan.

Argh! Kenangan sewaktu kecil timbul kembali sewaktu aku lepak dengan Yati dan ibunya di Kampung Baru pada malam minggu yang lepas.

Ada beberapa lagi gambar yang tak sempat aku nak "posted"kan disini.....

Mee Jawa Kampung Baru

Kedai Mee Jawa yang terkenal di Kampung Baru.
Sebahagian daripada aktiviti pada hari Sabtu lepas (1 Disember 2007) bersama Yatie dan ibunya, selepas meredah "hutan kecil" di Sungai Buloh mencari pokok bunga (tapi si Yati ler yang memborong banyak pokok bunga yang berbagai-bagai jenis). Aku mengambil keputusan untuk tidak membeli pokok bunga kerana tak begitu praktikal aku rasakan sekiranya aku membela pokok-pokok bunga tersebut -bukannya boleh digunakan seratus peratus fungsinya pun..... hanya sekadar sebagai hiasan semata-mata saja. Tapi, bila nampak Yati memilih bunga yang cantik-cantik, teruja jugak rasanya nak memilih tapi akhirnya aku tetap dengan keputusanku untuk mempertahankan prinsipku tidak membeli bunga.....hahahaha - aku berjaya!

Selepas berpenat lelah meredah "hutan kecil" itu, kami sepakat nak pergi makan di Kampung Baru, di kedai Mee Jawa yang terkenal disana.
Kedai tersebut agak tersorok lokasinya dikawasan Kampung Baru. Tapi, kedai tersebut telah wujud lama dulu, bahkan sebelum kelahiranku didunia ini. Kedai tersebut telah menjadi kedai kegemaran Allahyarhamah ibuku semenjak zaman bujang beliau kerana keenakan serta keaslian resepi Mee Jawa tersebut. Ternyata keaslian resepinya tetap tidak berubah biarpun telah diwarisi oleh generasi keduanya.
Aku hanya pernah dibawa makan dikedai ini beberapa kali sewaktu kecil dulu tapi entah mengapa hanya pada tahun ini tiba-tiba terlintas dihati nak cari balik kedai Mee Jawa ini. Memang sedap dan ada kelas Mee Jawa Kampung Baru ni!
Tapi pada hari tu,berpeluh ler jugak si Yati tu nak menghabiskan Mee Jawa tersebut kerana mungkin secara kebetulan resepi kuah Mee Jawa pada hari tersebut teramatlah pedasnya.
Hahaha.....sorry Yati.....aku tak terniat nak mendera ko dan mak ko pada hari tu.