26 September 2009

Sekolah Menengah Sultan Abdullah (SMSA), Chenderong Balai, Perak Darul Ridzuan



Disaat pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini, perasaan aku agak melayang.....
Bagi para pelajar tingkatan satu yang pertama kali menjejakkan kakinya ke sekolah ini, mereka dikehendaki mengisi borang pilihan kelas yang menjadi pilihan mereka. Aku juga tidak terkecuali dalam mengisi borang pilihan kelas yang menjadi pilihan aku.

Kelas yang menjadi pilihan aku adalah kelas sains rumahtangga kerana aku tak pandai memasak dan menjahit ketika itu.....nak belajar daripada mak aku? alamatler kena leter dengan mak.....telinga aku ni panas sikit kalau dengar mak aku berleter....kalau dia berleter waktu aku tengah kupas kulit bawang ~ alamat ler aku tinggalkan jer bawang tu tanpa bersuara.....dan terus tengok tv kat ruang tamu.....hahaha. Tapi, bila dia dah start menangis tersedu-sedan dan bertanya kenapa aku tak habiskan keja aku tu.....aku boleh buat muka selamba bodoh dan menjawab ~ "mak berleter bila along nak tolong, tapi bila along tak tolong mak menangis"~ terus mak aku terdiam. Aduhai.....aku tak tahu ler berapa kati atau kilogram berat dosa aku kat mak aku.....Ya Allah, ampunkanlah dosaku pada ibuku.



18 July 2009

Bulan dan cahayanya







Jadilah seperti bulan yang memanfaatkan cahaya matahari untuk memantulkan sinar cahayanya ke seluruh bumi tetapi jangan jadi seperti matahari yang membakar dirinya hanya untuk orang lain

11 July 2009

Kind of Arts - Buah betik

Hampir aku tertipu.....
aku sangkakan bahawa ianya adalah sebuah mangkuk cantik yang diperbuat daripada getah plastik tetapi sebenar adalah hujung pangkal buah betik yang telah habis licin dimakan isinya oleh Faiz.

Dan.....yang best sekali - si atuk dan tok nina si faiz pun telah tertipu sekali dengan kulit buah betik nie.

hahaha.....





















































29 April 2009

Sekolah Menengah Sri Kota, Air Leleh, Melaka

Tatkala bercuti di Melaka bersama CT Eyda dan anaknya si Amir pada hujung minggu yang lepas, hati bagaikan digamit kenangan lalu tatkala bersiar-siar di bandar Melaka agar kembali melawat sekolah yang pernah menjadi kenangan di zaman persekolahan dulu.

Kini sekolah tersebut telah menjadi Sekolah Sukan bagi negeri Melaka! Memang bangga kerana aku pernah menjadi sebahagian daripada warga pelajar sekolah tersebut.

Malah, sewaktu diberada di sekolah tersebut, aku mula mengenali sukan ragbi - kerana kawan-kawan sekelas aku yang paling ramai menjadi atletnya.

Aku banyak belajar beberapa perkara tentang insan semasa berada disekolah ini. Belajar mengenali hati manusia, belajar tentang keikhlasan, belajar tentang erti persahabatan, belajar tentang erti kemanusiaan.

Untuk cikgu Abdul Rahman bin A.... (ARA - yang sebenarnya aku tak ingat nama ayahanda cikgu aku ni tapi aku cuma dapat mengingati singkatan namanya saja), Terima Kasih cikgu.....yang membantu aku memahami erti kemanusiaan.

Kepada boboy, dak wan, leroy, hajar, dan ramai lagi yang aku tak ingat namanya.....aku rindu kat kalian semua.....bila nak buat reunion?




24 April 2009

Secara tiba-tiba.....





Pukul 3.00 pagi, tapak tangan dah start sakit. Pukul 6.00 pagi ianya berdenyut-denyut dan sakit.

Nak pegang gear kereta pun tak boleh, macam mana ler nak drive kereta ni.....

Sedihnyer hanya Allah saja yang tahu.....

Dah ler sedih ~ sakit ~ sendirian saja menanggung rasa sakit ni.....tanpa aku sedari (atau mungkin aku sedari), air mataku dah mengalir deras dipipi.....syahdu sangat. Alangkah bagusnya kalau mak aku masih ada lagi, rasa nak meraung pun ada pada ketika ini....."mak, sakitnyer mak".

Masa ni ler aku teringatkan arwah atuk aku dulu ~ aku pernah ketawakan dia sebab dia meraung memanggil-manggil nama arwah mak dia (moyang aku) ketika dia dalam kesakitan menahan sakit akibat apendiks dulu. "apalah atuk nie, dah tua-tua pun nak nangis lagi", itulah yang aku ngomelkan ketika itu.

Sebenarnya tanpa aku sedari, kita akan menangis sambil teringatkan mak kita juga, tak kiralah ketika sakit ~ marah ~ sedih ~ gembira ~ kecewa ~ kesal ~ taubat ~ ataupun ~ putus asa ~ atau dalam apa keadaan sekalipun dan tak kiralah samada ianya Lelaki ataupun Perempuan. Kerana itu adalah sebahagian daripada diri manusia yang Allah ciptakan. Ianya adalah suatu kenyataan. Mak adalah yang paling dekat dihati ~ jiwa ~ sanubari ~ dan juga dalam mimpi kita.....




























































Mak.....sakitnyer mak!
Ya-Allah, tempatkanlah roh Allahyarhamah ibunda dan Allahyarham ayahandaku dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka berdua menyayangiku ketika aku masih kecil.....Amin.








19 March 2009

Special Arts.....sesuatu yang unik dan tersendiri.....

Ada seseorang pernah berkata padaku:
"kak zu, kawan-kawan kak ni semuanya pelik-pelik belaka, dimana kak zu jumpa dengan diaorang ni?"
Tetapi, bila difikirkan semula, itulah kawan-kawan yang aku dapat disepanjang perjalanan hidup ini.....dan memang benar bahawa ada diantara mereka memang agak pelik, lucu, aneh dan bermacam-macam ragam serta personaliti dan itulah yang sebenarnya menjadikan mereka itu amat istimewa dimata dan hatiku dengan ragam mereka itu.
Dan.....inilah salah seorang diantara kawan-kawanku yang istimewa itu.....MOHD ZAMANI YUSOF.
Zam, kawan-kawan aku yang pernah tengok gambar ni beri berbagai-bagai respon tentangnya tapi bagi aku, ko memang ada bakat sebagai seorang artis pengkarya seni yang tersendiri.

Bagi aku gambar nie memang antara "the best" yang pernah aku terima daripada kawan-kawan aku yang lain.
















26 February 2009

Something that brighten up my life.....



Antara kelebihan bila bekerja di syarikat Antarabangsa adalah ada di antara syarikat-syarikat tersebut meraikan sesuatu untuk memotivasi dan menceriakan suasana serta staff mereka....

Perasaan menjadi riang tatkala di waktu pagi mula sampai di pejabat, terdapat beberapa belon yang terapung di meja workstationku....

Wah! Cantiknya......

Sesuatu yang simple tapi adakalanya membahagiakan.....




25 February 2009

Penyejuk pandangan mata dihalaman rumah.....











Hehehe.....sesuatu yang aku boleh banggakan sehingga jiran-jiran merasa cemburu dengan tanaman aku. Sebahagian daripada tanaman yang ada didalam pasu dihalaman rumahku. Kini ianya seolah-olah ada suatu pertandingan pulak kat kawasan perumahan aku tu.....masing-masing berlumba-lumba nak bercucuk-tanam plak. Hahahaha.....Cuma tanaman serai aku yang belum begitu menjadi. Aku nak tanam kunyit dan halia plak selepas ini......huhuhu.
Alamak! Aku terlupa pokok mempelam yang aku semai didalam salah satu pasu kat rumah tu.....mmm.....kat mana aku nak tanam yer agaknya?

Fashion?
















23 January 2009