Pukul 3.00 pagi, tapak tangan dah start sakit. Pukul 6.00 pagi ianya berdenyut-denyut dan sakit.
Nak pegang gear kereta pun tak boleh, macam mana ler nak drive kereta ni.....
Sedihnyer hanya Allah saja yang tahu.....
Dah ler sedih ~ sakit ~ sendirian saja menanggung rasa sakit ni.....tanpa aku sedari (atau mungkin aku sedari), air mataku dah mengalir deras dipipi.....syahdu sangat. Alangkah bagusnya kalau mak aku masih ada lagi, rasa nak meraung pun ada pada ketika ini....."mak, sakitnyer mak".
Masa ni ler aku teringatkan arwah atuk aku dulu ~ aku pernah ketawakan dia sebab dia meraung memanggil-manggil nama arwah mak dia (moyang aku) ketika dia dalam kesakitan menahan sakit akibat apendiks dulu. "apalah atuk nie, dah tua-tua pun nak nangis lagi", itulah yang aku ngomelkan ketika itu.
Sebenarnya tanpa aku sedari, kita akan menangis sambil teringatkan mak kita juga, tak kiralah ketika sakit ~ marah ~ sedih ~ gembira ~ kecewa ~ kesal ~ taubat ~ ataupun ~ putus asa ~ atau dalam apa keadaan sekalipun dan tak kiralah samada ianya Lelaki ataupun Perempuan. Kerana itu adalah sebahagian daripada diri manusia yang Allah ciptakan. Ianya adalah suatu kenyataan. Mak adalah yang paling dekat dihati ~ jiwa ~ sanubari ~ dan juga dalam mimpi kita.....
No comments:
Post a Comment