Kini sekolah tersebut telah menjadi Sekolah Sukan bagi negeri Melaka! Memang bangga kerana aku pernah menjadi sebahagian daripada warga pelajar sekolah tersebut.
Malah, sewaktu diberada di sekolah tersebut, aku mula mengenali sukan ragbi - kerana kawan-kawan sekelas aku yang paling ramai menjadi atletnya.
Aku banyak belajar beberapa perkara tentang insan semasa berada disekolah ini. Belajar mengenali hati manusia, belajar tentang keikhlasan, belajar tentang erti persahabatan, belajar tentang erti kemanusiaan.
Untuk cikgu Abdul Rahman bin A.... (ARA - yang sebenarnya aku tak ingat nama ayahanda cikgu aku ni tapi aku cuma dapat mengingati singkatan namanya saja), Terima Kasih cikgu.....yang membantu aku memahami erti kemanusiaan.
Kepada boboy, dak wan, leroy, hajar, dan ramai lagi yang aku tak ingat namanya.....aku rindu kat kalian semua.....bila nak buat reunion?