12 February 2012

Lafazkanlah dengan bahasa yang paling indah....

Kadang-kala aku hairan dengan orang-orang yang merasakan dirinya adalah seorang Melayu tapi bila dia buka mulut saja memulakan bicara, aku jadi pening kepala.


Pening kepala kerana tak faham dengan lengguk bahasa yang cuba disampaikan kerana aku sukar untuk meneka dialek bahasa Melayu manakah yang sebenarnya cuba dituturkan....?


Rupa-rupanya bahasa "Moden" yang sudah hilang identiti Kemelayuannya....dan aku ternganga sendirian kerana sukar memahami maksud yang cuba disampaikan itu.


Bahasa Melayu kita ini indah. 


Dan, kerana keindahan itu.....ianya pernah GAH diseantero dunia. 


Jadi berbanggalah kerana bahasa Melayu pernah menguasai pentas bicara dan bukan hanya sekadar bahasa pasar atau bahasa perbualan semata-mata. 

Carpal Tunnel Syndrome



Pembukaan tahun baru dengan pembedahan Carpal Tunnel Syndrome di tangan kanan. Hampir genap setahun selepas pembedahan ditangan kiri. Memang nampak macam kecil saja kesan pembedahan tersebut tetapi menurut doktor Mr. Ferrari di KPJ Hospital Damansara, sekiranya aku lambat lagi menjalani pembedahan tersebut, berkemungkinan tangan kanan aku boleh hilang fungsinya ataupun mungkin boleh jadi lumpuh sebelah tangan kerana darah tidak dapat mengalir dengan sempurna keseluruh badan terutamanya yang berada di tanganku ini.


Saraf dipergelangan tanganku ini, hampir jadi kehitaman kerana dihimpit olehh sebahagian lemak yang berada diantara Median nerve ditapak tangan.

Ini mungkin kerana aku sudah terlalu lama menaip keyboard computer kerana memang rutin harian sebagai Setiausaha yang telah aku sandang selama hampir 12 tahun memerlukan aku menaip beberapa jenis dokumen.                  
 

Dan, diantara faktor yang lain juga adalah kerana aku suka tidur dengan berbantalkan lengan kerana rasa yang amat selesa apabila dapat berbuat demikian. Cuma sekarang ini aku agak trauma lagi setiapkali aku tidur dengan berlapikkan lengan sebagai bantalku.   Aku tak nak melalui lagi sesi perbedahan itu....Seriau aku. Tapi, nasib baik ler semasa pembedahan doktor bagi suntikan ubat bius seluruh badan kerana aku tak tahu apa akan berlaku sekiranya doktor hanya biuskan aku pada sebahagian anggota tubuh badan sahaja.

26 January 2012

Malaysian unique way of using the English Language.

What we say
What we mean
Why are so boring?
Why you so boring?
Why are you so bored?
I am interesting
I got interest lah
I am interested
Follow me!
(and walks to his own car)
Follow me in your own car
I will send you to the airport
I will take you to the airport
I follow your car.
I will follow (go with) you in your car
You are so sensitive
You take offense to easily
You so thick skin one
You are so insensitive
You so glamour tonight
You are so glamorous tonight
Just now
Awhile ago
This is my rubber
This is my eraser
I am very black
I have a dark skin tone.
This business can run
This business can do
This business is viable
Cannot talk anymore-lah!
Cannot bargain anymore (lah)
Let’s meet at the ‘louge’
Let’s meet at the lounge (not launch)
The lolly cannot run
The lorry/truck has broken down
My tyres no flower
My tyres are bald
Please ‘g-stun’ your car
Please reverse your car
My house has many lizards
My house has many ghekkos
Why you so like that?
Why do you behave so unpredictably?
Q: Whose one is this?
A: My one
Q: Whose is this?
A: Mine
My job is to run outstation
My job requires me to go out of town.



Yes, we do have a unique way of using the English Language. Of course, not all Malaysians speak this way all the time. The examples here are based on observation. Somehow we manage to understand each other; but I really wonder whether visitor to our country fully understand what we are saying. It is all in good fun and I hope we have not offended anyone as it is not our intention to offend.

Virtual Lion Dance

RM250 ang pow when you do your own virtual lion dance. Anyone? Ada berani mencubanya? be creative.....