17 November 2014

Bicara dari jiwa yang tenang.....


Bila hati rasa tenang.....

bicaranya mampu melangkaui batasan masa 
dan fikiran

Senyuman yang terzahir adalah dari hati yang ikhlas
Mampu merubah kejernihan pada raut wajah
Lalu terlukislah lukisan imaginasi yang indah
melakar bayangan impian yang didambakan.....


dan....
aku berharap agar ketenangan 
ini 
akan berpanjangan.....

11 November 2014

Bicara dari hati.....

Adakalanya hati ingin berbicara, 
bilamana pada ketikanya..... 
suara tiada lagi kedengaran untuk diluahkan...



Bicara dari hati.....


Tuluskah kata-kata itu? Sekuat mana maksud dan penjelasan yang diluahkan terus dari hati? 

Setiapkali hatiku mula berbicara.....

aku akan tertanya-tanya apakah penyebab sebenar ianya mula berbicara.....
adakah sesuatu yang menarik perhatianku atau yang merunsingkan jiwaku?

Bila hati berbicara dengan nada riang, maka kemesraan dan damai yang menyelubungi jiwa dan kehidupan.

Tetapi bila hati berbicara dengan nada sayu, keresahan akan meracuni pemikiran dan pertimbangan jiwa.

Dan bila hati berbicara dengan nada rindu, penasaran dan jiwa akan memberontak mencari penenang jiwa yang lara.



Batrisya.al.balqis - 14 November 2011

10 November 2014

Semalam.....


Dia yang aku cuba jauhi
tetapi dia yang kerap hadir 
didalam ruang fikiran dan mimpi

Aku tidak pernah mengimpikan 
yang lebih daripada jangkauan hati
datang bertamu dalam diri

Tetapi dirinya.....
kerap menerpa diruang masa dan sanubari
adakalanya menggetarkan hati
pada ketika rindunya yang datang mengusik jiwa ini

16 October 2014

Duhai hati.....

mengapa resah.....?
mengapa gundah.....?

bertenanglah
  dan beristighfarlah.....


jangan biar jiwaku kosong tanpa pedoman.

11 October 2014

Cantiknya hotel ni.....YY48 Hotel, Jalan Tun Perak

Aku tertarik dengan warna-warna yang menghiasi hotel baru ini. Warna yang segar dan ceria mampu menarik perhatian mata yang memandangnya.

Rakyat Malaysia semakin kreatif dan inovatif, aku menjadi teruja untuk melihat dekorasi bilik-bilik yang berada didalamnya.






10 October 2014

Engkau ni asyik sakit jer!


Dan.....berbagai-bagai lagi kata-kata yang adakalanya melukakan hati dan perasaan aku sebagai hamba Allah. 

Apa lagi jawapan yang mampu aku berikan. 


Aku hanya mampu tersenyum tanpa sebarang kata kerana aku khuatir.....sekiranya ada diantara kata-kata yang bakal ku luahkan kelak akan menggugat imanku sendiri. Hati dan perasaan seseorang yang hidup dengan rasa sakit berpanjangan amatlah sensitif dan sukar untuk dijangkakan. 

Walau bagaimanapun, aku masih bersyukur bahawa Allah masih lagi menyayangi aku kerana walaupun aku diduga dengan rasa sakit yang mungkin tidak akan hilang untuk seumur hidupku tapi aku diberikan kesihatan akal dan fikiran yang masih sihat dan waras. Amin....

Luahkan kata-kata yang baik kerana ianya mungkin akan menjadi suatu doa yang akan dimakbulkan Allah tanpa kita sedari.

01 October 2014

Smile.....

You smile
I smile

   a beautiful smile
   a lovely smile

      I smile at you
      You smile at me

And.....I love your smile
   

29 September 2014

Dari Pasar Seni ke Taman Bahagia

Jam didinding menunjukkan pukul 8.50pagi disaat aku melangkahkan kaki di pejabat.
"Wow!" dalam hati terdetik perasaan bangga kerana masih ramai yang belum sampai lagi.

Terlintas dihati untuk melihat pada Carta Pergerakan Keluar Masuk Staf di papan kenyataan.

"Alamak! Biar betul!". Hanya nama aku, Pengurus, Penolong Pengurus, Pengurus Besar dan Pengarah Bahagian Komersial yang tidak bertanda "keluar dari pejabat".

Aku rasa riak wajah aku turut berubah ketika itu. Nasib baik aku tak ambil cuti pada hari ini. Kalau tidak, pasti Pengarah Bahagian Komersial yang berpangkat Dato' tu akan menjerit dalam telefon mencari dan tertanya-tanya akan kelibat aku.

Kesudahannya sewaktu lunch tadi, aku jadi buntu.

Aku duduk dihentian bas tanpa tujuan.

Menaiki bas GoKL sehingga ke perhentian terakhirnya - di Pasar Seni.

Berlegar-legar di bawah stesen LRT Putra.

Terlintas difikiran untuk ke Kelana Jaya dan kembali semula ke Pasar Seni.

Yang penting.....

aku mahu lari daripada rasa buntu didalam diri.

aku mahu keluar dari rasa sesak yang hampir menyesakkan hati dan fikiran ini.

Menaiki tren ke Kelana Jaya dengan fikiran yang kosong.....

tatkala melalui stesen LRT Asia Jaya

teringatkan keenakan cendol dan rojak di tepi padang diseberang jalan Stesen LRT Taman Bahagia.

Aku rasa teruja tatkala tren semakin menghampiri Stesen LRT Taman Bahagia, terlihat gerai itu dibawah pokok ditepi padang tersebut.

"Argh! Aku nak turun disini dan nak beli cendol dan rojak". Perasaan dan emosi aku terus berubah.

Aku baru terasa seperti satu semangat yang baru didalam diri tatkala melangkahkan kaki dihadapan gerai tersebut. Ada senyuman diwajah. Ada keriangan didalam hati. Tiada rasa buntu difikiran. Tiada rasa sesak didalam diri.

Hasrat dihati nak makan rojak disitu tapi bila teringatkan bahawa hanya aku seorang yang berada di pejabat, aku perlu segera kembali ke Wisma B. Jawapan yang keluar dari mulut - "Mamak, rojak sotong telur dan cendol bungkus satu". Terkedu aku disitu.

Sesuatu yang ringkas dan biasa tapi mampu menceriakan perasaan dan emosi.

Hahahahaha.....cendol dan rojak membahagiakanku pada hari ini.



24 September 2014

Semalam.....

Sudah dua hari berturut-turut ada bicara dalam hati
setiapkali selepas pukul 5.45petang.

hatiku atau hatinya yang sedang berbicara itu.....

Ada senyuman 
Ada rasa geram 
Ada rasa sakit hati pun ada.....

tahulah awak tu tertanya-tanya tentang saya.....


   dan saya pun begitu.....

22 September 2014

".....nanti tak cium bau syurga".

"Saya hanya bercakap apabila perlu. Kalau bercakap mesti ada maksud tertentu. Bukan sambil lewa. Mungkin juga apabila saya mengeluarkan kata-kata, ada orang yang terasa," - M. Nasir (Utusan Malaysia/ 21 September 2014).


Dulu.....aku juga mempunyai karekter yang hampir sama seperti penyanyi ini. Aku juga minat lukisan tapi tak begitu serius untuk melukis sekadar melepaskan gian dengan cara tersendiri tapi dapat memahami maksud yang tersirat pada sesebuah lukisan abstrak. Dan, aku minat berpuisi tapi si 'Three Musketeers' (Aida J, Haida dan RY) aku tu tak suka aku berpuisi. 


Allahyarham ibu pernah menyampaikan pesan pada Aida J: 


"Beritahu pada anak makcik tu - tak baik kalau tak bertegur sapa melebihi 3 hari, nanti tak cium bau syurga". 


Aida J menyampaikan pesan sambil membebel - "Hey! Ko tak bercakap dengan ibu ko ke - tak baiklah ko buat camtu". Haida dan RY yang terdengar bebelan tu turut sama mengutuk aku. 


Tapi, aku yang mendengarnya terpinga-pinga. 

"Bila masa aku tak bercakap dengan dia?", aku bertanya kembali pada mereka bertiga.

"Manalah aku tahu. Aku jumpa ibu kau tadi dan tiba-tiba dia cakap macam tu pada aku". Aida J mempertahankan ibuku. 


Aku ketawa besar kerana rasa geli hati.


"Ko ni kenapa tiba-tiba ketawa pulak? Tapi, memang betullah, tak baik ko buat ibu ko macam tu". 


Aku hanya ketawa tapi dalam hati rasa sedih hanya kerana aku jarang berbicara dengan ibu, dia terasa hati denganku.


Aku meluahkan perasaan melalui perbuatan tapi aku simpan segala luahan kata-kata didalam jiwa dan fikiran. Dan.....aku biarkan mereka mentafsirkan setiap luahan emosi dan perasaanku dengan cara tersendiri. 

Gurauan yang membuatkan aku terleka.....

Ianya gurauan yang hampir melekakan aku
 Yang indahnya gurauan itu menceriakan dan .....
    menghidupkan jiwaku.

20 September 2014

Melihat Sejarah dari perspektif yang berbeza.....

Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu (27 Ogos sehingga 31 Disember 2014).


Memang ramai diantara kawan-kawan saya dulu yang tidak meminati subjek Sejarah. 

Kerana bagi mereka ianya adalah sesuatu yang membosankan, terutama bilamana terpaksa menghafal fakta sejarah serta tarikh-tarikh penting. Tetapi bagi diriku, sejarah itu adalah suatu perjalanan kehidupan yang semua orang pasti akan melalui atau mengalaminya didalam hidup mereka. 

Mereka yang tidak meminati sejarah sebenarnya telah menipu diri sendiri. Sebenarnya mereka sedang mengingati Sejarah setiap kali mengenang atau meraikan tarikh ulangtahun kelahiran, tarikh ulangtahun perkahwinan, tarikh-tarikh penting yang berlaku didalam hidup  mereka. 

Bukankah itu semuanya telah menjadi suatu Sejarah? Jadi, mengapa masih tidak suka pada subjek Sejarah?  Sejarah berlaku disekeliling kita - pada setiap detik, setiap masa dan setiap ketika. Sejarah adalah sesuatu yang pasti tentang asal-usul, berita dan cerita suka duka sesuatu bangsa

16 September 2014

Duhai seseorang yang.....

Duhai seseorang yang telah membuatkan aku tersenyum didalam hati.....
Adakalanya apa yang telah aku lafazkan
tidak sama dengan apa yang berada didalam hati ini

Duhai seseorang yang telah membuatkan aku kembali menari-nari.....

Tatkala aku mula menerima kehadiranmu mewarnai hidup ini

Duhai seseorang yang telah memandangku dengan pandangan yang misteri itu.....

Setiapkali ianya terjadi, aku akan ketawa geli hati tanpa kau sedari

Duhai seseorang yang seringkali berbicara didalam hati.....

Sebenarnya bicaramu itu telah menghidupkan kembali hati yang telah lama sunyi



14 September 2014

Disaat terimbau kenangan silam - sesuatu yang aku cuba tinggalkan didalam perjalanan hidup ini.

Sejak beberapa hari ini, aku asyik tersasul menyebut nama seseorang yang pernah berada didalam hati aku. Sedangkan aku sudah lama tidak menyebut namanya, mengingati dirinya atau mengimbau kenangan silam kami. 

Seseorang yang pernah membuatkan hati aku tenang tatkala mendengar suaranya, bergelora saat menanggung rindu padanya, bahagia dan ceria dikala mendengar celoteh dan leterannya, terdiam membisu disaat mendengar tegurannya. 


DIA.....seseorang yang pernah berada didalam impian untuk bergandingan didalam menyusuri jalan menuju Jannah Allah hingga ke akhirnya. Disaat aku dihimpit dugaan yang melanda diriku dan aku sangkakan dia akan terus tabah untuk menjadi tiang untuk aku berpaut tatkala aku hampir rebah. Aku tersilap perhitungan. Aku hanya mengadu pada Allah tentang diriku  tapi lalai dan leka dalam mengadu tentang dirinya juga pada Allah - agar tolong jagakan dia untukku disaat-saat kesukaran itu. 


Aku sangkakan dia terlalu sempurna sehinggakan aku tidak perlu khuatir tentang dirinya tapi aku tanpa sedari bahawa KESEMPURNAAN itu hanyalah milik Allah.


Ya Allah.....walau dimana dia berada sekalipun, dalam keadaan apa pun jua yang dialaminya, tabahkan hatinya dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran. Wahai Allah yang Maha Pengasih dan Pengampun, janganlah Engkau biarkan dirinya keseorangan walau disaat semua yang berada disekelilingnya meninggalkan sendirian. Amin.




11 September 2014

Menara Berkembar Petronas, KLCC


Perasaan tatkala memandang bangunan ini dari bawah tak akan sama ketika pertama kali menjejakkan kaki di tingkat 63, Menara Berkembar ini. Teruja, seronok, gembira, sedih dan risau pun ada setiapkali berada di Tingkat 63 itu. Hehehe.....

Minggu pertama berada di bangunan ini, aku rasa gayat dan hampir pitam setiapkali memasuki ruang lif. Dan, pernah sampai ke lobi office Chairman.....sebab tersilap lif. Ini kerana lif dibangunan ini agak mengelirukan buat aku ketika itu....ermmm....dan aku pernah menjadi bahan lawak jenaka dan simpati rakan-rakan sekerja di IT Facilities disebabkan aku tersesat arah nak ke Mandarin Oriental Hotel untuk farewell event salah seorang staf - kesudahannya 'Muar' terpaksa iringi aku dihadapan 'ASIANA'. huhuhu....malunyer.....



Pertemuan - tersentak

Semalam aku bertemu dengannya lagi.

Disaat terpandang wajahnya, aku tersentak kerana ianya berlaku secara tiba-tiba. Nasib baik tak de sakit jantung - hehehe

Selalunya aku akan menggigil seluruh badan sekiranya terserempak dengannya tetapi tadi.....

hehehe.....hanya hati jer yang berdebar.

Aduhai!

08 September 2014

Menahan kesakitan dalam senyuman.....

Hari ini aku sampai agak lewat di pejabat. 

Belakang badan aku agak sakit tatkala bangun awal pagi tadi. 


Kesudahannya aku mengalami kesukaran untuk membongkok terutamanya ketika aku berada didalam bilik air dan ketika berwuduk. 


Aku benar-benar berada didalam kesakitan sejak beberapa hari yang lepas. 

Tapi, aku memilih untuk tidak mengambil ubat penahan sakit atau "pain killer",
kerana gerak hatiku berkata - bukan sakit yang akan mati tapi aku yang akan mati secara perlahan-lahan sekiranya aku berterusan mengambil "pain killer" tersebut. 

Tapi aku perlu "SENYUM" didalam menahan kesakitan kerana ada orang yang ingin melihat "SENYUMAN" aku. 


Dan, aku akan rasa suatu kepuasan didalam diri 

  kerana.....
     dengan 'SENYUMAN" itu, aku membahagiakan orang lain.



You're the smile to my face and the beat to my heart" 

Dan, bila aku dapat MMS  seperti ini, lagi lah aku gembira kerana bukan senang untuk membahagiakan orang-orang disekeliling kita.

04 September 2014

Secretaries Week (16 April 2014 - The Royale Chulan, Kuala Lumpur)

Terlalu lewat untuk di'post'kan peristiwa dan cerita tentang Secretaries Week di The Royale Chulan, Kuala Lumpur tapi tak kisah rasanya sebab gambar-gambarnya terlalu menarik dan tertarik untuk diperap dan dipendam begitu saja. Hehehe.....

Dato' Siti Nurhaliza sebagai penghibur utama dan Zizan Razak sebagai artis undangan.


Tak dinafikan bahawa vokal Dato' Siti Nurhaliza memang superb!


Yang penting Ladies, kita enjoy! 







Menarik dan tertarik oleh 'food presentation'. 

Hehehe.....yummy!




31 August 2014

Teruskan kehidupan.....






source: SweetMuslimah.com

Malaysia.....di sini lahirnya sebuah cinta.....

Aku mungkin bukan seorang pengembara
 yang menjelajahi serata negara 
 dalam mengenali tamadun, budaya dan citarasa sesebuah bangsa

Tapi aku hanyalah seorang warganegara 
  yang dilahirkan, dididik dan dibesarkan 
    didalam sebuah negara yang mana 
      aku bangga menjadi rakyatnya.....Malaysia 


Selamat Menyambut Hari Merdeka, Malaysia!




19 August 2014

Latar belakang yang berbeza, tak semestinya lafaz kata pun berbeza

Setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza.

Ada yang baik, yang kurang baik, yang nakal, yang agak nakal, yang jahat serta buruk sikapnya.

Tapi walaupun mempunyai latar-belakang yang berbeza, mempunyai satu persamaan yang pasti.....

mahu mendengar lafaz kata yang baik dan bermakna

Kerana

ianya akan mendamaikan hati 

menenangkan jiwa yang lara 

merawat perasaan yang terluka

menceriakan insan yang bahagia.




Terima kasih Allah kerana beri aku peluang untuk membahagiakan orang-orang disekelilingku.....amin.




Keliru.....

Bukan kerana awak yang pelik tapi kerana saya yang rasa agak pelik. 

Bila ditanya, tidak berjawab. 


Bila dijauhi, seringkali dirindui.....






Jangan buat lagi! Or else, I will not forgive you for the rest of my life









26 July 2014

Apa sebenarnya yang berlaku?


Selama ni aku abaikan sebab mungkin aku salah dengar akan kata-kata tersebut.

Dan semalam, aku bertanya padanya.....
Apa sebenarnya yang berlaku? Kita ni pernah ada apa-apa ke sebelum ni?

Dan seperti biasa.....tiada jawapan yang diberikan.


*gambar dicopy daripada pakarcinta.com

15 July 2014

Lafazkanlah dengan sebaiknya.....

Dengan lafaz kata yang baik
 ianya akan menjadi sebuah DOA yang bermakna


   Dengan lafaz kata yang di penuhi dendam
    ianya menjadi sebahagian daripada duka yang berpanjangan


Lafaz kata yang baik menjalin ukhwah yang berpanjangan
   terpupuk nilai-nilai kemesraan dan kebahagiaan
    didalam sulaman bait-bait lafaz yang indah beserta DOA yang berterusan
     sinar wajah yang tenang akan mendamaikan hati yang memandang   


Nada lafaz kata yang dicemari dengan dendam
 dibaluti dengan keresahan dan kerunsingan yang berterusan
  melingkari hati untuk selama mana ianya terluka
   tiada bahagia yang menanti.....


 Justeru itu lafazkanlah kata-kata dengan sebaiknya
  agar ianya akan menjadi sebuah doa 
    dan pengharapan yang bermakna



15 June 2014

Adakah hanya aku.....

Aku memandang wajahnya
bertemu dengannya

Aku mengenalinya
cuba memahami tentang dirinya

Aku mula berbicara di dalam diri ini
tentang isi hatinya

Aku mula mengukir senyuman
tatkala dapat memandang wajahnya

Aku mula mengalunkan irama riang
tatkala mendengar suaranya

Dan.....Aku mulai resah bila tidak memandang wajahnya
Adakah hanya aku saja yang merasakan begitu?

10 June 2014

Pelik....

Bersikap pelik tak semestinya salah
cuma....ianya sedikit berbeza daripada biasa