28 December 2015

Diantara Pantai Medical Centre, Bangsar dan Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. - Part 1

Selama 3 bulan aku berumah di hospital:

1) 1 bulan setengah di Pantai Medical Centre, Bangsar 
     dan  
2) 1 bulan setengah lagi di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur


Kesan dan akibatnya:

1) Adalah pengalaman ngeri bagi diriku sehinggakan aku hilang keyakinan 
    terhadap doktor-doktor yang bergelar pakar di Hospital ini.

2) Banyak yang aku pelajari serta pengalaman yang agak lucu daripada 
    doktor-doktor yang berada di Hospital ini.

Menara Kuala Lumpur - Keindahan senibina dan pencahayaannya.


Tatkala kepenatan sewaktu pulang dari bekerja, terpandangkan pemandangan yang amat cantik dipandangan mata ini, lalu kukeluarkan my baby - cybershot dan ku abadikan gambar ini. 

lafazkanlah.blogspot.my
Cantik dan kagum dengan keindahan senibina dan pencahayaannya.




23 December 2015

Oh Bulan!

Walau dimana sejauh mana pun kita berada tapi masih lagi berkongsi bulan yang sama.


lafazkanlah.blogspot.my


lafazkanlah.blogspot.my



18 December 2015

Segalanya rahsia.....

Biarlah ianya menjadi rahsia 
Segala rasa yang terbit dari jiwa
Segala luka yang berbisa
Secebis cinta yang baru bermula

Biarlah dia tidak tahu
akan segala rasa itu.....

13 December 2015

Bukanlah seorang Jurugambar Profesional - Versi pemandangan malam

Malam pertama tidur di rumah baru agak mengasyikkan dengan pemandangan malam yang cantik.

Pandangan daripada tingkap bilik tidurku.....Wah! Cantiknya!

Masya-Allah. Cantiknya langit malam.


Mee Rebus & Rojak Teluk Intan

Hanya ada satu saja Mee Rebus yang terkenal di Teluk Intan, Perak - Restoran Mee Rebus & Rojak Mastan Ghani.

Restoran Mastan Ghani - Mee & Rojak

Menu yang simple tetapi agak menyelerakan. 


Terlupa nak snap gambar Mee Rebus sebelum makan - kesudahannya inilah yang berlaku. Alhamdulillah!

01 December 2015

Aku bukanlah seorang jurugambar profesional

Cuma kagum dalam menghayati setiap kejadian ciptaan Ilahi. 

lafazkanlah.blogspot.my
Gambar agak kabur kerana kedua-dua tangan aku agak menggeletar tatkala memotretkan pemandangan ini.

Pemandangan daripada tingkat 17 - memang aku terasa agak gayat bila sesekali terpandangkan ke arah bawah bangunan ini. 

Huh! Paling aku risaukan adalah my baby-cyber shot ni....

lafazkanlah.blogspot.my
Subhanallah. 

Sedihnya gambar ini agak kabur. 

Akibat terlalu menggeletar, gambar Menara Kuala Lumpur menjadi agak kabur.


lafazkanlah.blogspot.my



lafazkanlah.blogspot.my
Suatu kepuasan!






Terima kasih Allah kerana diberikan peluang untuk menikmati pemandangan ini.

30 November 2015

Tentang Cinta.....

Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya. 
- Pahrol Mohd Juoi


24 November 2015

Pelangi muncul selepas hujan - 23 November 2015


Tatkala keluar dari lobi Menara B, di Jalan Raja Chulan - saat mata terpandangkan seorang lelaki leka dengan telefon pintarnya yang dihalakan ke langit. Aku pun tertanya-tanya tetapi serta-merta pandangan mata dihalakan ke langit. 

Wow! 

Cantik!

lafazkanlah.blogspot.com

"Dah lama tak lihat pelangi selepas hujan", desis hati kecil ini. 


lafazkanlah.blogspot.com

Dengan sepantasnya aku mengambil my baby - Sony Cyber-shot berwarna merah dari dalam beg kecil agar tidak ketinggalan dalam mengabadikan warna lukisan didada langit. 


lafazkanlah.blogspot.com

lafazkanlah.blogspot.com

Dan.....seorang wanita Cina yang lalu disebelahku juga tidak mahu ketinggalan mengabadikan lukisan itu dengan telefon pintarnya.

Dan.....sambil berpandangan-kami pun tersenyum 

21 November 2015

Cerita tentang CINTA dan BAHAGIA - Hospital Besar Kuala Lumpur


Tatkala terpandangkan mereka berdua sewaktu bergandingan tangan keluar dari perkarangan Hospital Kuala Lumpur, ada perasaan yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. 

Cuma.....riak wajahku memang berubah ketika itu. 

BAHAGIA!

Sungguh! 

Aku rasa amat bahagia ketika memandang pasangan ini lalu dihadapanku di laluan pejalan kaki dihadapan pintu masuk Hospital Kuala Lumpur.

Kerana....riak wajah mereka yang bahagia tatkala berpimpinan tangan itulah yang membahagiakan aku. Lalu aku abadikan kebahagiaan itu didalam gambar ini. Harapanku semoga cinta mereka kekal mekar sehingga ke akhir hayat. Amin.

Harapnya mereka tidak marah padaku.....huhuhu.

Very Sweet couple

Cinta sepanjang hayat.

02 November 2015

Macam kenal jer.....?



Seakan-akan sebuah lukisan tercoret didada langit....

Sebuah karya Agung yang hebat kerana Allah itu Maha Pencipta yang hebat......Allah Maha Besar.

Cantik tetapi tak ingat bila dan dimana gambar ini diambil.....Subhanallah

01 November 2015

Habis ler rosak pelan diet aku.....

Memang sedap sangat sehinggakan aku tak sedar bahawa aku habiskan 3 bungkus Grilled Chicken dan Lamb Wrap.







Sabtu - 31 October 2015.....ku bahagia.

Pemandangan yang indah di pagi hari selepas sekian lama ruang angkasa Malaysia diselubungi jerebu yang tebal. 


Walau dimana saja kita berada, tapi masih lagi berkongsi BULAN yang sama.....


Awan - seakan-akan sebuah lukisan didada langit





Sebuah kapal terbang yang jelas kelihatan 

Bulan di pagi hari

Lukisan yang menarik dipagi hari
Sebuah lukisan didada langit

Pemandangan dari Stesen LRT Sri Rampai

Alhamdulillah. 

Memandang ke dada langit dengan pandangan yang bahagia dan ceria kerana masih diberi peluang untuk melihat ruang angkasa Malaysia yang mendamaikan di pagi hari....

25 October 2015

Disekelilingmu.....

     Disekelilingmu.....

         Ada impian bersertakan harapan

              Ada imaginasi bersandarkan ilusi



Disekelilingmu cumalah..... 
  ada dinding-dinding yang menghalangi dan menghadangimu
  untuk keluar daripada kepompong diri.....

Dugaan dan cabaran ibarat warna-warna pada rama-rama.....




28 June 2015

Eh! Jangan intai jer…..jom masuk - Part 2 (Mengenali kartunis)

 Rasyid Asmawi - From Taiping with Love

Kisah pasangan kekasih - Abang Mat yang kurus melidi dan Mon yang bertubuh besar yang setiap kali ber'dating' pasti akan ditemani oleh Ana iaitu adik kepada Mon.

From Taiping with Love membangkitkan memori.....


Abang Mat dan kekasihnya Mon serta adik Mon bernama Ana 


Fatah - Lagak A. Mahmud

Kisah dan budaya masyarakat Negeri Terengganu.



Juga dengan kisah pasangan kekasih yang sering menaiki vespa. Sebenarnya aku agak terkesan juga dengan kisah ini kerana aku belajar mengenali sebahagian daripada tempat-tempat menarik dan budaya di Terengganu melaluinya.







Ujang - Atuk

Masihkah ingat pada watak ini?




Menggamit kenangan bersama Allahyarham atuk Majid Bagan Datoh, Kerana aku paling suka bertanya pada Allahyarham atuk walaupun dia agak garang, tapi entahlah.....walaupun dia garang tapi aku belajar banyak perkara daripadanya. Tetapi agak terkilan kerana tiada kenangan yang bombastic bersama Allahyarham atuk Majid Banting. Kedua-kedua atuk lelaki disebelah ibu dan abah mempunyai nama yang sama - Atuk Hj. Abdul Majid. Kedua-duanya ada karismanya yang tersendiri.