Tatkala keluar dari lobi Menara B, di Jalan Raja Chulan - saat mata terpandangkan seorang lelaki leka dengan telefon pintarnya yang dihalakan ke langit. Aku pun tertanya-tanya tetapi serta-merta pandangan mata dihalakan ke langit.
Wow!
Cantik!
"Dah lama tak lihat pelangi selepas hujan", desis hati kecil ini.
Dengan sepantasnya aku mengambil my baby - Sony Cyber-shot berwarna merah dari dalam beg kecil agar tidak ketinggalan dalam mengabadikan warna lukisan didada langit.
Dan.....seorang wanita Cina yang lalu disebelahku juga tidak mahu ketinggalan mengabadikan lukisan itu dengan telefon pintarnya.
Dan.....sambil berpandangan-kami pun tersenyum !
No comments:
Post a Comment