28 June 2015

Eh! Jangan intai jer…..jom masuk - Part 2 (Mengenali kartunis)

 Rasyid Asmawi - From Taiping with Love

Kisah pasangan kekasih - Abang Mat yang kurus melidi dan Mon yang bertubuh besar yang setiap kali ber'dating' pasti akan ditemani oleh Ana iaitu adik kepada Mon.

From Taiping with Love membangkitkan memori.....


Abang Mat dan kekasihnya Mon serta adik Mon bernama Ana 


Fatah - Lagak A. Mahmud

Kisah dan budaya masyarakat Negeri Terengganu.



Juga dengan kisah pasangan kekasih yang sering menaiki vespa. Sebenarnya aku agak terkesan juga dengan kisah ini kerana aku belajar mengenali sebahagian daripada tempat-tempat menarik dan budaya di Terengganu melaluinya.







Ujang - Atuk

Masihkah ingat pada watak ini?




Menggamit kenangan bersama Allahyarham atuk Majid Bagan Datoh, Kerana aku paling suka bertanya pada Allahyarham atuk walaupun dia agak garang, tapi entahlah.....walaupun dia garang tapi aku belajar banyak perkara daripadanya. Tetapi agak terkilan kerana tiada kenangan yang bombastic bersama Allahyarham atuk Majid Banting. Kedua-kedua atuk lelaki disebelah ibu dan abah mempunyai nama yang sama - Atuk Hj. Abdul Majid. Kedua-duanya ada karismanya yang tersendiri.











Eh! Jangan intai jer…..jom masuk - Part 1


GALERI PETRONAS – Lagi-lagi GILA GILA



A.Mahmud menjemput anda menyelusuri Nostalgia Majalah Humor Nasional Gila-Gila di Galeri Petronas, Level 3, Suria KLCC.

Sementara menunggu seorang kawan untuk sessi Ngeteh dua hari sebelum puasa di RASA Food Court di KLCC, aku berlegar-legar di setiap tingkat di KLCC sambil sessi 'Window-Shopping', hati tiba-tiba tertambat dengan lakaran yang terdapat di dinding Galeri Petronas. Aku tersenyum riang tatkala melihat lakaran tersebut....ahh....kenangan yang pasti mengimbau seribu Nostalgia didalam diri ini.

"A.Mahmud, saya nak masuk ni.....bawa saya menyelusuri ruangan kenangan zaman silam saya yer!"

Jom.....kita masuk!














Hari ini dalam sejarah

Soal Jawab bersama Professor Serba Tahu
Falsafah Professor Serta Tahu

13 June 2015

Ngeteh di RASA Food Court, KLCC - 9 June 2015


Hari yang membosankan di pejabat.

Spontan call my buddy di KLCC, tanya kalau-kalau dia free untuk sesi Ngeteh di KLCC selepas habis waktu kerja. 

Kelaparan....

Kesudahannya.....share makan Chocolate & Strawberry Bread Toast kerana risau kalau makan seorang habis sepinggan.....terbelahak ler pulak aku nanti kerana rasa mual.

Yummy.....sedap juga bila dah lapar sangat.


10 June 2015

Ngeteh?

Pada mulanya aku tak faham apa yang dimaksudkan dengan Ngeteh itu sebenarnya. Perkataan yang aku dengar daripada Fariq tatkala kami open table selepas habis waktu bekerja benar-benar membuatkan aku terpinga. Generasi baru sekarang ni adakalanya daya imaginasi atau kreativiti mereka memang mengagumkan tapi adakalanya agak menakutkan jugak. Terutamanya sekali gaya bahasa yang wujud didalam whatsapp, sms, email serta pertuturan generasi baru sekarang ini. 

Sungguh! Adakalanya aku sukar untuk memahami gaya bahasa yang cuba disampaikan, jalan selamat yang aku lakukan adalah bertanya semula pada tuan punya penutur bicara walaupun seringkali ditertawakan hanya kerana tidak memahami gaya bahasa tersebut.

Dimasa akan datang mungkin akan ada sejenis bahasa baru yang bakal direkodkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 

Ngeteh atau mungkin boleh diistilahkan sebagai Happy Hour versi kaki lepak di restoran mamak ini adakalanya besar juga ertinya bagi meredakan stress  selepas waktu bekerja. 

09 June 2015

Pengalaman Ngeri - Terperangkap didalam lif


Bagi sesiapa yang pernah terperangkap didalam lif pasti dapat merasai perasaan yang sama denganku. Tatkala terperangkap didalam lif mengangkut barang di pejabat hanya kerana aku sudah agak lewat nak ke surau untuk solat dhuha pada pukul 11.00 pagi pada hari Jumaat lepas, benar-benar meninggalkan trauma dalam diri. 

Aku cuba tekan butang kecemasan, tapi ianya tidak berfungsi dan kredit phone aku baru saja habis sebelum aku masuk lif tadi. Aku cuba bertenang dan beristighfar untuk meredakan kerisauan dalam diri. 

Bermacam-macam perkara yang negatif berada difikiran ketika itu. Imaginasi menjangkaui batasan. Salah satunya yang berada difikiran - adakah lif ini akan terhempas seperti babak-babak di dalam wayang yang pernah aku tonton? 

Tiba-tiba aku jadi 'claustrophobia' yang agak keterlaluan. Ada 2 orang kontraktor Bangla yang turut sama berada didalam lif pada ketika itu. Salah seorang daripada mereka cuba menghubungi rakan mereka yang berada diluar supaya datang menyelamatkan kami yang terperangkap didalam lif tersebut. 

Rakannya mengatakan bahawa dia telah menghubungi pihak pengurusan bangunan dan bantuan akan sampai sebentar lagi. Selepas lima minit, claustrophobia'  aku menjadi semakin teruk. Aku meminta Bangla tadi menghubungi pihak penyelenggara lif datang dengan segera sebelum aku menghubungi pihak bomba. Dalam masa lima minit berikutnya, pihak penyelenggara lif menghubungi pihak Bangla tersebut dan meminta kami bersabar dan tidak perlu menghubungi pihak bomba kerana bantuan sedang diuruskan. 

Bagi meredakan kerisauan, aku teruskan beristighfar dan berzikir. Dan, aku turut mendengar salah seorang daripada Bangla tersebut turut berzikir.

Pada pukul 11.50pagi, kami bertiga selamat dikeluarkan oleh salah seorang pihak penyelenggara lif tersebut. 



Alhamdulillah.