10 June 2015

Ngeteh?

Pada mulanya aku tak faham apa yang dimaksudkan dengan Ngeteh itu sebenarnya. Perkataan yang aku dengar daripada Fariq tatkala kami open table selepas habis waktu bekerja benar-benar membuatkan aku terpinga. Generasi baru sekarang ni adakalanya daya imaginasi atau kreativiti mereka memang mengagumkan tapi adakalanya agak menakutkan jugak. Terutamanya sekali gaya bahasa yang wujud didalam whatsapp, sms, email serta pertuturan generasi baru sekarang ini. 

Sungguh! Adakalanya aku sukar untuk memahami gaya bahasa yang cuba disampaikan, jalan selamat yang aku lakukan adalah bertanya semula pada tuan punya penutur bicara walaupun seringkali ditertawakan hanya kerana tidak memahami gaya bahasa tersebut.

Dimasa akan datang mungkin akan ada sejenis bahasa baru yang bakal direkodkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 

Ngeteh atau mungkin boleh diistilahkan sebagai Happy Hour versi kaki lepak di restoran mamak ini adakalanya besar juga ertinya bagi meredakan stress  selepas waktu bekerja. 

No comments:

Post a Comment