30 November 2015

Tentang Cinta.....

Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya. 
- Pahrol Mohd Juoi


24 November 2015

Pelangi muncul selepas hujan - 23 November 2015


Tatkala keluar dari lobi Menara B, di Jalan Raja Chulan - saat mata terpandangkan seorang lelaki leka dengan telefon pintarnya yang dihalakan ke langit. Aku pun tertanya-tanya tetapi serta-merta pandangan mata dihalakan ke langit. 

Wow! 

Cantik!

lafazkanlah.blogspot.com

"Dah lama tak lihat pelangi selepas hujan", desis hati kecil ini. 


lafazkanlah.blogspot.com

Dengan sepantasnya aku mengambil my baby - Sony Cyber-shot berwarna merah dari dalam beg kecil agar tidak ketinggalan dalam mengabadikan warna lukisan didada langit. 


lafazkanlah.blogspot.com

lafazkanlah.blogspot.com

Dan.....seorang wanita Cina yang lalu disebelahku juga tidak mahu ketinggalan mengabadikan lukisan itu dengan telefon pintarnya.

Dan.....sambil berpandangan-kami pun tersenyum 

21 November 2015

Cerita tentang CINTA dan BAHAGIA - Hospital Besar Kuala Lumpur


Tatkala terpandangkan mereka berdua sewaktu bergandingan tangan keluar dari perkarangan Hospital Kuala Lumpur, ada perasaan yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. 

Cuma.....riak wajahku memang berubah ketika itu. 

BAHAGIA!

Sungguh! 

Aku rasa amat bahagia ketika memandang pasangan ini lalu dihadapanku di laluan pejalan kaki dihadapan pintu masuk Hospital Kuala Lumpur.

Kerana....riak wajah mereka yang bahagia tatkala berpimpinan tangan itulah yang membahagiakan aku. Lalu aku abadikan kebahagiaan itu didalam gambar ini. Harapanku semoga cinta mereka kekal mekar sehingga ke akhir hayat. Amin.

Harapnya mereka tidak marah padaku.....huhuhu.

Very Sweet couple

Cinta sepanjang hayat.

02 November 2015

Macam kenal jer.....?



Seakan-akan sebuah lukisan tercoret didada langit....

Sebuah karya Agung yang hebat kerana Allah itu Maha Pencipta yang hebat......Allah Maha Besar.

Cantik tetapi tak ingat bila dan dimana gambar ini diambil.....Subhanallah

01 November 2015

Habis ler rosak pelan diet aku.....

Memang sedap sangat sehinggakan aku tak sedar bahawa aku habiskan 3 bungkus Grilled Chicken dan Lamb Wrap.







Sabtu - 31 October 2015.....ku bahagia.

Pemandangan yang indah di pagi hari selepas sekian lama ruang angkasa Malaysia diselubungi jerebu yang tebal. 


Walau dimana saja kita berada, tapi masih lagi berkongsi BULAN yang sama.....


Awan - seakan-akan sebuah lukisan didada langit





Sebuah kapal terbang yang jelas kelihatan 

Bulan di pagi hari

Lukisan yang menarik dipagi hari
Sebuah lukisan didada langit

Pemandangan dari Stesen LRT Sri Rampai

Alhamdulillah. 

Memandang ke dada langit dengan pandangan yang bahagia dan ceria kerana masih diberi peluang untuk melihat ruang angkasa Malaysia yang mendamaikan di pagi hari....