14 February 2016

Merawat hati - Layakkah?

Lihatlah kelemahan pada diri sendiri 
Sebelum melihat kelemahan yang ada pada diri orang lain

  Bertanya pada diri sendiri,
    Adakah aku layak untuk mengkritik orang lain.....
         disaat dan ketika kelemahan itu sebenarnya berada didalam diri aku sendiri?

12 February 2016

Menjejaki kenangan silam - Chunghwa Picture Tubes (Kampar, Perak).

Sementara menantikan keputusan SPM diumumkan, mencari pengalaman dan duit poket dengan bekerja di sebuah kilang di daerah Kampar, Perak - Chunghwa Picture Tubes (C.P.T.).

































Pengalaman akan mematangkan kita!

Bertemu dan berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat serta menyelami corak pemikiran mereka banyak mengajar aku tentang ilmu psikologi manusia secara tidak bertauliah. 

Benarlah kata-kata sebahagian daripada mereka yang tidak pernah mendapatkan pengajian secara formal di mana-mana pusat pengajian tinggi - "Universiti tempat yang aku belajar adalah Universiti kehidupan. Universiti yang mengajar aku cara untuk hidup!".

Ada diantara masyarakat kita bangga kerana pernah atau dapat belajar di Universiti-universiti atau Pusat Pengajian Tinggi yang terkemuka tetapi bila berdepan dengan psikologi manusia, mereka berinteraksi tanpa emosi serta seni didalam berkomunikasi, yang adakalanya boleh mencetuskan  perselisihan dan pergaduhan.

Manusia dikurniakan dengan pelbagai emosi dan perasaan, berbicaralah dengan hati tatkala berurusan dengan mereka dan bukan hanya dengan menggunakan akal fikiran semata-mata..

"In order to handle yourself, you must use your head; however, in order to handle others, you must use your heart" - Eleanor Roosevelt

05 February 2016

Manusia itu pelik!

Bila diberikan peluang untuk berbicara 
- ianya mendiamkan diri walaupun meronta-ronta dalam benak sanubari untuk melafazkan kata
  
  Tapi bila dibiarkan 
   - meroyan sendirian

  aku atau engkaukah yang sebenarnya pelik!

03 February 2016

Salahkah menjadi seseorang yang berbeza diluar kebiasaan yang biasa?


Bukan untuk mempromosikan drama korea (I hear your voice) ini - tapi drama ini menarik perhatian dan membuatkan saya terfikir tentang jalan cerita yang hampir mempunyai persamaan dengan "seseorang" yang pernah dikenali disepanjang hidup ini.

Watak Soo-Ha Park diwaktu kecil banyak sekali persamaan dengan "seseorang" itu. Seringkali dianggap pelik sekalipun oleh saudaranya yang terdekat disebabkan 'perbezaan' diantara dirinya dengan orang-orang disekelilingnya. Dia seringkali dicemuh kerana perbezaan itu.

Peliknya bilamana perkara seperti ini terjadi, kita akan terus menghukum seseorang itu sehingga dia dipulaukan seolah-olah dia adalah makhluk Allah yang perlu dijauhi. Dan.....dia tidak diberikan ruang dan peluang untuk bercerita tentang keadaan yang mana dia sendiri keliru dengan dirinya tatkala dia mula menyedari dan mengetahui akan perbezaan tersebut. Dia cuma mahu diberikan ruang dan peluang untuk didengari bicaranya dan memahami tanpa perlu dihukum untuk sesuatu yang bukan kesalahan yang dilakukan olehnya. 

Dia berbeza kerana Allah memberikannya sesuatu diluar daripada kebiasaan manusia yang biasa. Dia dipinjamkan Allah dengan ilmu membaca fikiran orang lain dan dapat mendengar suara-suara yang tidak terluahkan disekelilingnya. Dia tidak gila. Dia juga bukan 'monster'. 

Dia hanyalah manusia biasa cuma "warna hidupnya" yang sedikit berbeza.