03 February 2016

Salahkah menjadi seseorang yang berbeza diluar kebiasaan yang biasa?


Bukan untuk mempromosikan drama korea (I hear your voice) ini - tapi drama ini menarik perhatian dan membuatkan saya terfikir tentang jalan cerita yang hampir mempunyai persamaan dengan "seseorang" yang pernah dikenali disepanjang hidup ini.

Watak Soo-Ha Park diwaktu kecil banyak sekali persamaan dengan "seseorang" itu. Seringkali dianggap pelik sekalipun oleh saudaranya yang terdekat disebabkan 'perbezaan' diantara dirinya dengan orang-orang disekelilingnya. Dia seringkali dicemuh kerana perbezaan itu.

Peliknya bilamana perkara seperti ini terjadi, kita akan terus menghukum seseorang itu sehingga dia dipulaukan seolah-olah dia adalah makhluk Allah yang perlu dijauhi. Dan.....dia tidak diberikan ruang dan peluang untuk bercerita tentang keadaan yang mana dia sendiri keliru dengan dirinya tatkala dia mula menyedari dan mengetahui akan perbezaan tersebut. Dia cuma mahu diberikan ruang dan peluang untuk didengari bicaranya dan memahami tanpa perlu dihukum untuk sesuatu yang bukan kesalahan yang dilakukan olehnya. 

Dia berbeza kerana Allah memberikannya sesuatu diluar daripada kebiasaan manusia yang biasa. Dia dipinjamkan Allah dengan ilmu membaca fikiran orang lain dan dapat mendengar suara-suara yang tidak terluahkan disekelilingnya. Dia tidak gila. Dia juga bukan 'monster'. 

Dia hanyalah manusia biasa cuma "warna hidupnya" yang sedikit berbeza.


No comments:

Post a Comment