22 September 2006

Si Comel dan masa lalu.....

Kedua-dua handsome boys ini adalah Noor Shazani@ Sha @ Bolats dan Noor Fawazzahin@ Zahin.


Selepas beberapa tahun tidak bersua dengan mereka berdua.....aduhai,wajah dan gaya Sha yang terkini kelihatan seperti seorang pelakon Korea.....aduh! Handsome sungguh.....

Sedangkan dahulu.....mereka berdua nilah yang sering jadi mangsa kebosanan aku.....apa tidaknya, dahlah dulu aku ni pemalu nak bercakap dengan orang sekeliling dan kawan aku yang paling rapat adalah buku-buku,radio dan tv dan si budak lelaki berdua ni. Aku boleh habiskan 5 buah novel dalam masa tiga hari saja! Cuma bila masa budak berdua ni datang mengetuk pintu dapur rumah mak aku dulu.....aku selalu jadi lemah dengan mereka berdua ni.....betapa sayangnyer aku pada mereka dan jadual aku akan berubah setiapkali mereka berada dihadapan mataku.....
Argh! rindu sangat pada masa dulu.....

Aku akan keluar bermain diluar rumah dan menunggang basikal bersama-sama dengan mereka. Selalunya masa nilah aku selalu kena perli dengan orang.....sebab mereka memang jarang nampak aku keluar rumah. Almaklum anak dara, nak control ayu.....kuang kuang kuang.....

Dan, bila setiapkali Allahyarhamah ibuku takde kawan yang dia nak ajak berborak sebab dulu aku memang tak banyak bercakap dan tak rajin nak berborak dengan orang sebab aku memang tak pandai nak bercakap dengan orang....takut orang selalu kecil hati bila setiap kali bercakap dengan aku..... atau bila setiapkali Allahyarhamah ibuku tengok aku asyik mengadap buku,buku,buku.....(dia pun bosan jugak agaknya bila dia tengok aku ni asyik mengadap buku jer kot!), dia akan letakkan si Bolats ni semasa dia masih bayi dibelakang badanku (kerana aku selalu membaca sambil berbaring mengiring) dan membiarkan si Bolats ni memanjat belakang badanku.....dan aku pun terpaksa breaks sekejap dengan buku-buku tu.....

Mereka berdua ni kiut sangat semasa bayi! Terutamanya si Bolats tu! Dia seringkali menjadi rebutan kerana senyumannya.

Zahin yang paling aku sayang sekali kerana kening dia tu yang mahal! Dia agak prihatin jika dibandingkan dengan abangnya si Bolats tu!

Kini kedua-duanya telah dewasa.....rasa segan pulak bila si Bolats ni tempohari menemaniku dan berjalan seiringan sewaktu bertandang ke majlis kahwin sepupunya. Iyalah.....mana tidaknya,budak comei dan kiut yang selalu aku usung kesana kemari dengan basikal aku dulu, kini dah lebih tinggi daripada aku! Dan, handsome plak tu! Alahai, pantasnya masa berlalu.....




21 September 2006

Suatu kenangan yang sukar untuk dilupakan.....


21 Septiembere 2006

Aku pasti bahawa semua orang pasti mengenali akan bangunan yang didalam gambar sebelah.

Aku ada kenangan yang agak lucu setiapkali memandang gambar tersebut.

Walaupun dah agak bertahun menetap di Lembah Klang, tapi aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Menara KL. Tapi, ada ketikanya rasa malu jugak sebab rakyat Malaysia yang tinggal diluar kawasan Lembah Kelang lebih up to date daripada aku ni.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Menara PETRONAS dan melangkah masuk ke bilik Senior Manager untuk proses temuduga, ingatanku tidak tertumpu 100% pada apa yang diperkatakan semasa temuduga. Aku terpaku melihat Menara Kuala Lumpur yang berada separas dengan bilik Senior Manager (Mr. Doraisingam). Jadi bila diajukan dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan tugas-tugas Setiausaha, aku menjawabnya dengan agak tergagap-gagap kerana aku asyik dengan bangunan Menara Kuala Lumpur itu.

04 September 2006

Tujuh Nafas lagi - M.Nasir

Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta

Rinduku bukan murahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu
ku sebut jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus
Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya