
“To love without condition…..to talk without intention…..to give without reason…..and to care without expectation…..”
31 December 2007
Selamat Tinggal 2007..... Selamat Datang 2008

07 December 2007
Kampung Baru yang unik!
Dan harapanku agar Kampung Baru ini terus bertahan dan wujud ditengah-tengah bandar

Gambar disebelah kanan ini mengingatkan aku pada cerita dalam filem-filem P.Ramlee dulu - Tiga Abdul, Madu Tiga dan lain-lain lagi.
Papan tanda perniagaan pada zaman tersebut masih lagi wujud didalam dunia yang semakin moden dan serba canggih ini.

Dan akibat terlalu teruja dengan papan tanda tersebut, aku dan Yati mengambil keputusan untuk mengabdikan "wajah" papan tanda tersebut didalam kamera digital dan telefon bimbit.
Tapi hakikatnya pada hari ini, kedai tersebut bukan lagi hanya sekadar menjual atau menjahit atau "tukang" songkok saja sebagai mata pencarian demi untuk meneruskan kelangsungan hidup di bumi Allah ini. Pemilik kedai terpaksa menambahkan barang-barang yang lain sebagai barangan jualan dikedainya.
Manakala gambar serkap ayam disebelah bawah ini pula, dirakamkan dihadapan kedai Mee Jawa yang terkenal sedap di Kampung Baru (sebenarnya aku sendiri pun dah lama tak tengok serkap ayam ni! huhuhu).
Teringat zaman aku kecik dulu di Bagan Datoh, arwah atuk aku memang seorang yang serba boleh! Bagilah apa saja kerja padanya, pasti hasil yang diberikan memang memuaskan. Aku terkenang pada serkap ayam arwah atuk. Malah aku ada kenangan mengejar ayam keliling rumah bersama dengan adik lelaki dan sepupu aku hanya semata-mata arwah atuk suruh kami, cucu-cucunya tangkap ayam-ayam yang bakal disembelih dan diletakkan dibawah serkap ayam tersebut agar senang bila tiba masa untuk disembelih nanti.
Adik lelaki aku punyalah nakal, siap bawak serkap ayam ni semasa operasi mengejar ayam-ayam tersebut kerana katanya susah sangat nak tangkap pakai tangan.
Tapi aku awal-awal lagi dah "give-up" nak berlari kejar ayam-ayam tu kerana keadaan kampung Parit 2, Sungai Sumun,Bagan Datoh yang "lecah" pada waktu tu. Aku tak suka sangat main dengan selut dan lecah pada waktu kecil dulu kerana aku geli dengan selut dan lecah yang akan melekat dibadan.
Argh! Kenangan sewaktu kecil timbul kembali sewaktu aku lepak dengan Yati dan ibunya di Kampung Baru pada malam minggu yang lepas.
Ada beberapa lagi gambar yang tak sempat aku nak "posted"kan disini.....
Mee Jawa Kampung Baru
Selepas berpenat lelah meredah "hutan kecil" itu, kami sepakat nak pergi makan di Kampung Baru, di kedai Mee Jawa yang terkenal disana.
22 November 2007
19 October 2007
Mari berbicara tentang cinta.....
Cinta itu cahaya yang menyinari kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya - Avebury.
Cinta itu kunci yang membuka setiap kamar hati seorang lelaki. - J.H.Evans
Memburu cinta memang baik tapi cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik - Shakespare
* Cinta itu mampu membuatkan kita tersenyum dan tertawa dengan seikhlas hati dan bahagia akan terpancar melalui wajahnya kerana kesan daripada keajaiban cinta tersebut.
06 October 2007
A Note from an old friend
So, dont spoil life in love,But dont forget love in life.
Best Regards,
Raj Supramaniam
Global Service Desk Supporting Global Initiatives
gsd@jt-int.com
12 September 2007
Dengan Sebuah Senyuman dan Satu Jelingan.....
sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa
11 September 2007
Hari ini dalam sejarah - 11 September 2001
Tanggapan yang pertama.....sewaktu menatap kapal terbang merempuh bangunan WTC di TV, memang aku terkedu. Rasa macam tak percaya bahawa Amerika boleh diserang.....sedangkan mereka mendabik dada pada dunia bahawa selama ini bahawa mereka memiliki segalanya yang "TER".....CANGGIH, KUAT, MODEN.....dan macam-macam lagi.
Tapi akhirnya.....diserang di negara sendiri.
06 July 2007
Hari yang benar-benar membuatkan aku kalut.....
seawal 5.30pagi aku terpaksa keluar rumah untuk membuka paip diluar rumah agar aliran air paip didalam rumah keluar dengan lebih deras.
dengan tingkap yang tidak bertutup sepanjang malam, membuatkan angin yang bertiup kencang menutup pintu rumah secara tiba-tiba dan aku.....terkunci diluar rumah hanya dengan bertuala pendek separas lutut dan berbaju lengan pendek yang agak seksi.
Panik! "aduhai.....macam mana ni?, dahlah semua kunci dalam rumah.....dan yang paling panik lagi adalah.....perut aku pulak meragam".
tapi nasib baik ler pintu kayu tu yang terkunci, so aku pun mempraktikkan aksi McGuyver yang telah diajar oleh salah seorang security dikawasan apartment tu.....
Pertama kali cuba.....tak berhasil. Aduh! Memang aku amat panik. Dengan "basic" silat dan taekwando yang aku pernah belajar.....aku dah start nak terajang pintu kayu tu.....mau aku tak panik.....dah lah baju ala spagheti strap dengan bertuala pendek paras lutut jer.....memang haru betul!
Kali kedua cuba.....dengan lafaz 'Bismillah.....' dan disertakan dengan doa dan harapan agar percubaan kali ini akan berjaya.....akhirnya.....Alhamdulillah.....aku rasa macam nak menjerit jer.....BERJAYA!!!!!
Aku berjaya membuka pintu rumah itu akhirnya.....HAHAHAHAHA.....memang pengalaman yang berisiko sungguh! Andai kata ler....tiba-tiba tuala aku tu terlucut masa aku tengah terajang pintu tu.....agak-agaknya apa ler yang akan terjadi.....Adusss.....aku tak mahu nak membayangkannya!
19 June 2007
Warna. Bentuk. Ukuran.....

Hati tiba-tiba terasa terusik tatkala menatap bait kata-kata yang tertulis didalam salah sebuah buku autograph yang kusimpan sejak lepas SPM dulu.
Dulu mungkin aku agak dingin didalam memahami luahan barisan kata-kata ini dengan lebih mendalam.....
Tetapi aku amat berterima kasih pada yang empunya nama ini yang telah sudi melakarkan kata-kata yang bermakna ini.
Dan.....kini aku amat memahami akan barisan ayat ini.....
Sesuatu yang membuatkan aku tersedar dan berfikir.....
13 June 2007
28 May 2007
It's a big day!

Hahahahaha.....(terperasan ler sekejap).
Semalam terasa sesuatu tentang Dewi, ada sesuatu yang berlegar didalam fikirannya.....
Pagi tadi,sebaik saja sampai di workstationku, Dewi menghulurkan sekotak kek padaku.....aduhai.....malunya.....aku tidak berniat nak menghebahkan satu dunia akan hari istimewaku ini, aku cuma mahu masakkan sesuatu yang dapat dikongsikan bersama-sama dengan rakan-rakanku yang lain.
Rasa terharulah jugak dapat kek pada tahun ini.....(yang penting adalah ingatan seseorang itu pada kita adalah yang paling bermakna).
"Semoga ditahun ini akan lebih bersinar cahaya keberkatan didalam hidupku, menjadi seorang muslimah yang solehah, dilimpahi rezeki yang halal lagi berkat, ditetapkan iman sehingga ke nafas yang terakhir, dapat menyelesaikan segala "urusan" yang masih belum selesai, dicintai dan dikasihi oleh makhluk yang dilangit mahupun yang dibumi, dipertemukan dengan jodoh yang telah ditentukan untukku.....dan dinaungi oleh rahmat dan nur daripada Allah. Amin.....
*************************************************************************************
Year Of The Rabbit
1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999
People born in the Year of the Rabbit are articulate, talented, and ambitious.
They are virtuous, reserved, and have excellent taste. Rabbit people are admired, trusted, and are often financially lucky. They are tactful and generally kind.
Rabbit people seldom lose their temper. They are clever at business and being conscientious, never back out of a contract.
They would make good gamblers for they have the uncanny gift of choosing the right thing. However, they seldom gamble, as they are conservative and wise.
23 May 2007
Friendship forever.....

Sometimes in life, you find a special friend;
just by being part of it.
until you can't stop;
that there really is good in the world.
Cerita tentang senyuman.....
Pagi ini aku masih lagi sempat tersenyum pada salah seorang jiran yang berada didalam komuniti kejiranan aku tapi yang agak memalukan adalah.....pompuan tu langsung tak balas senyuman aku walaupun jarak diantara kami adalah lebih kurang 3 meter saja.....aduhai.....malunyer.....
29 March 2007
09 February 2007
Terfikir sejenak.....
Tapi, kadang-kadang terfikir juga....."seandainya tiba-tiba badan jadi kaku dan sejuk didalam rumah tu, agak-agaknya ada orang tak yang akan menguruskan jenazah aku?"
Risau jugak sekiranya nanti tiba-tiba jer dah jadi busuk jenazah didalam rumah hanya kerana aku tinggal sendirian......aduhai.....
05 February 2007
Pesan Bistari

Anak-anak memerlukan ibu yang riang dan pengasih. Kasih sayang dan kesedaran kita sebagai manusia itulah yang menyentuh jauh ke dasar hati anak-anak kita dan terpahat disana buat selama-lamanya
~ Peribahasa Melayu~