12 February 2016

Menjejaki kenangan silam - Chunghwa Picture Tubes (Kampar, Perak).

Sementara menantikan keputusan SPM diumumkan, mencari pengalaman dan duit poket dengan bekerja di sebuah kilang di daerah Kampar, Perak - Chunghwa Picture Tubes (C.P.T.).

































Pengalaman akan mematangkan kita!

Bertemu dan berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat serta menyelami corak pemikiran mereka banyak mengajar aku tentang ilmu psikologi manusia secara tidak bertauliah. 

Benarlah kata-kata sebahagian daripada mereka yang tidak pernah mendapatkan pengajian secara formal di mana-mana pusat pengajian tinggi - "Universiti tempat yang aku belajar adalah Universiti kehidupan. Universiti yang mengajar aku cara untuk hidup!".

Ada diantara masyarakat kita bangga kerana pernah atau dapat belajar di Universiti-universiti atau Pusat Pengajian Tinggi yang terkemuka tetapi bila berdepan dengan psikologi manusia, mereka berinteraksi tanpa emosi serta seni didalam berkomunikasi, yang adakalanya boleh mencetuskan  perselisihan dan pergaduhan.

Manusia dikurniakan dengan pelbagai emosi dan perasaan, berbicaralah dengan hati tatkala berurusan dengan mereka dan bukan hanya dengan menggunakan akal fikiran semata-mata..

"In order to handle yourself, you must use your head; however, in order to handle others, you must use your heart" - Eleanor Roosevelt

2 comments:

  1. sapa anda tuan puan? sy ada juga kisah di CPT Kampar... saya kerap kesana sebagai petugas untuk kempen derma darah di sana.. saya sebagai org yang cucukkan jarum... dan juga pasukan standby jika berlaku kes2 kecemasan.. jika tak berkeberatan boleh ke tuan/puan pm atau whatapps saya di 0195050022..

    ReplyDelete
  2. by the way isteri saya juga bekas pekerja CPT..

    ReplyDelete