“To love without condition…..to talk without intention…..to give without reason…..and to care without expectation…..”
27 August 2016
07 August 2016
5 August 2016 - Profile picture
Entah kenapa hati bagaikan disuruh-suruh agar melihat pada Profile picture nombor telefon bimbit tersebut.
Aku berdialog dengan diri sendiri, "perlukah untuk aku melihat profile picture tersebut?"
Sedangkan aku tidak lagi pasti siapakah pemilik kepada nombor telefon bimbit tersebut.
Selepas beberapa ketika, ada suatu gerak rasa yang benar-benar memaksa aku supaya memandang pada profile picture tersebut.
"hhhhuh!!! Gambar makanan apalah pula kali ni", desis hati kecilku
Tapi aku rasa pelik, makanan apa yang berwarna hijau tu? Sambil tertanya-tanya didalam diri. Tapi bila tanganku gapai cermin mata.....
"Eh....eh....jap.....apasal ditengah-tengah makanan tu macam lain jer?"
Patutlah!!!
Ada gambar orang ditengah-tengah "makanan" tu rupanya.....
Duduk bergaya dengan cermin mata hitam berserta tulisan 'Rio De Janeiro' dibarisan tangga yang didudukinya.
Aku rasa nak marah.....aku rasa macam nak tumbuk jer dia tu.....aku rasa nak jerit pun ada.....
Sebab.....sebab.....selama ni setiapkali aku hantar 'message' dia senyap jer. Aku tertanya-tanya samada aku hantar 'message' pada orang yang sama atau orang yang berbeza (kerana pada sangkaanku bahawa dia telahpun menukar nombor telefon bimbit kepada nombor yang baru).
Lepas ni pasti aku akan delete nombor tersebut!
Kenapa ler aku boleh ada kawan yang macam ni.....?
Aduhai! Sakitnya hati.....
Labels:
cermin mata hitam,
makanan,
profile picture,
Rio De Janeiro
05 August 2016
I'm a drug user and I'm a Chronic Pain Patient.
Mendapat satu pamplet bertajuk "Are you hiring drug users?" daripada Omega Laboratories semasa di suatu Expo di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) tidak berapa lama dulu .
Yes - "I'm a drug user and I'm a chronic pain patient".
Tapi aku bukannya saja suka-suka nak ambil dadah dalam kehidupan seharian aku. Aku terpaksa membenarkan dadah jenis "pain killer-Celebrex 200mg atau Paracetamol 500mg atau Panadol 650mg" berada didalam badan ini sekiranya aku tak tertahan dengan rasa sakit yang aku alami kesan daripada jangkitan kuman selepas pembedahan tulang belakang di Hospital Pantai, Bangsar pada tahun 2012.
Kesan daripada jangkitan kuman tersebut membuatkan aku hampir menjadi lumpuh dari paras pinggang ke hujung kaki sebelah kiri, bilamana nanah tersebut terkumpul didalam tempat luka pembedahan yang dibiarkan oleh pihak pengurusan Hospital Pantai, Bangsar.

Celebrex,
Chronic Pain Patient,
drug user,
Hospital Pantai Bangsar,
KLCC,
Omega Laboratories,
pain killer,
Paracetamol,
Pembedahan,
tulang belakang
Aduhai RapidKL! Aduhai Prasarana!
Menunggu bas RapidKL hampir 2 jam!
Alasan yang diberi - bas ada tapi driver tak ade!
Tapi adakah logik alasan yang diberikan itu?
Kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam tapi perkhidmatannya amatlah mengecewakan dan menyebabkan lebih ramai orang lebih rela bersesak-sesak didalam kesesakan lalu-lintas daripada bersesak didalam perkhidmatan pengangkutan awam.
Subscribe to:
Comments (Atom)