05 August 2016

I'm a drug user and I'm a Chronic Pain Patient.

Mendapat satu pamplet bertajuk "Are you hiring drug users?" daripada Omega Laboratories semasa di suatu Expo di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) tidak berapa lama dulu  .

Yes - "I'm a drug user and I'm a chronic pain patient".

Tapi aku bukannya saja suka-suka nak ambil dadah dalam kehidupan seharian aku. Aku terpaksa membenarkan dadah jenis "pain killer-Celebrex 200mg atau Paracetamol 500mg atau Panadol 650mg" berada didalam badan ini sekiranya aku tak tertahan dengan rasa sakit yang aku alami kesan daripada jangkitan kuman selepas pembedahan tulang belakang di Hospital Pantai, Bangsar pada tahun 2012.

Kesan daripada jangkitan kuman tersebut membuatkan aku hampir menjadi lumpuh dari paras pinggang ke hujung kaki sebelah kiri, bilamana nanah tersebut terkumpul didalam tempat luka pembedahan yang dibiarkan oleh pihak pengurusan Hospital Pantai, Bangsar. 

No comments:

Post a Comment