Kerana aku masih rindukannya.....
“To love without condition…..to talk without intention…..to give without reason…..and to care without expectation…..”
11 November 2016
New York.....New York
Adakàh itu kesudahannya cerita diantara kita?
27 August 2016
07 August 2016
5 August 2016 - Profile picture
Entah kenapa hati bagaikan disuruh-suruh agar melihat pada Profile picture nombor telefon bimbit tersebut.
Aku berdialog dengan diri sendiri, "perlukah untuk aku melihat profile picture tersebut?"
Sedangkan aku tidak lagi pasti siapakah pemilik kepada nombor telefon bimbit tersebut.
Selepas beberapa ketika, ada suatu gerak rasa yang benar-benar memaksa aku supaya memandang pada profile picture tersebut.
"hhhhuh!!! Gambar makanan apalah pula kali ni", desis hati kecilku
Tapi aku rasa pelik, makanan apa yang berwarna hijau tu? Sambil tertanya-tanya didalam diri. Tapi bila tanganku gapai cermin mata.....
"Eh....eh....jap.....apasal ditengah-tengah makanan tu macam lain jer?"
Patutlah!!!
Ada gambar orang ditengah-tengah "makanan" tu rupanya.....
Duduk bergaya dengan cermin mata hitam berserta tulisan 'Rio De Janeiro' dibarisan tangga yang didudukinya.
Aku rasa nak marah.....aku rasa macam nak tumbuk jer dia tu.....aku rasa nak jerit pun ada.....
Sebab.....sebab.....selama ni setiapkali aku hantar 'message' dia senyap jer. Aku tertanya-tanya samada aku hantar 'message' pada orang yang sama atau orang yang berbeza (kerana pada sangkaanku bahawa dia telahpun menukar nombor telefon bimbit kepada nombor yang baru).
Lepas ni pasti aku akan delete nombor tersebut!
Kenapa ler aku boleh ada kawan yang macam ni.....?
Aduhai! Sakitnya hati.....
Labels:
cermin mata hitam,
makanan,
profile picture,
Rio De Janeiro
05 August 2016
I'm a drug user and I'm a Chronic Pain Patient.
Mendapat satu pamplet bertajuk "Are you hiring drug users?" daripada Omega Laboratories semasa di suatu Expo di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) tidak berapa lama dulu .
Yes - "I'm a drug user and I'm a chronic pain patient".
Tapi aku bukannya saja suka-suka nak ambil dadah dalam kehidupan seharian aku. Aku terpaksa membenarkan dadah jenis "pain killer-Celebrex 200mg atau Paracetamol 500mg atau Panadol 650mg" berada didalam badan ini sekiranya aku tak tertahan dengan rasa sakit yang aku alami kesan daripada jangkitan kuman selepas pembedahan tulang belakang di Hospital Pantai, Bangsar pada tahun 2012.
Kesan daripada jangkitan kuman tersebut membuatkan aku hampir menjadi lumpuh dari paras pinggang ke hujung kaki sebelah kiri, bilamana nanah tersebut terkumpul didalam tempat luka pembedahan yang dibiarkan oleh pihak pengurusan Hospital Pantai, Bangsar.

Celebrex,
Chronic Pain Patient,
drug user,
Hospital Pantai Bangsar,
KLCC,
Omega Laboratories,
pain killer,
Paracetamol,
Pembedahan,
tulang belakang
Aduhai RapidKL! Aduhai Prasarana!
Menunggu bas RapidKL hampir 2 jam!
Alasan yang diberi - bas ada tapi driver tak ade!
Tapi adakah logik alasan yang diberikan itu?
Kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam tapi perkhidmatannya amatlah mengecewakan dan menyebabkan lebih ramai orang lebih rela bersesak-sesak didalam kesesakan lalu-lintas daripada bersesak didalam perkhidmatan pengangkutan awam.
29 July 2016
Arca
Puas aku memandangnya, namun aku masih tiada jawapan mengenainya....
Apakah yang dimaksudkan dengan arca tersebut?
Hmmm.....Merah-Kuning-Biru adalah melambangkan sebahagian warna di dalam Jalur Gemilang dan Tiga Arca itu mungkin melambangkan 3 kaum terbesar yang ada di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India didalam membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang dinamik, maju dan berinnovasi
Walau apa pun tafsirannya.....ianya agak menarik serta unik!
Labels:
Arca,
berinnovasi.,
biru,
Cina,
dinamik,
India,
kuning,
maju,
Malaysia,
melambangkan,
Melayu,
Merah
28 July 2016
Jom sertai peraduan Insta....Kat Von D Makeup
Sekiranya anda ada terpandangkan arca yang berada dicelah-celah kepadatan Bukit Bintang ini, jangan lupa ambil gambar atau video berhampiran dengan arca ini kerana anda mungkin berpeluang untuk memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Butik Sephora ini.
Peraduan ini akan berakhir pada 7 August 2016.
![]() |
Tak salah mencuba - manalah tahu anda mungkin akan menjadi salah seorang pemenangnya!
Labels:
arca,
August,
Bukit Bintang,
Butik Sephora,
gambar,
Kat Von D Makeup,
pemenang.,
peraduan,
video
Hijau dicelah lantai batu.....
24 July 2016
22 July 2016
Bicara hati si kemeja bercorak biru.....
Wahai hati milik Allah yang berada di dalam diri seorang hambaNYA yang berada jauh disana.
Bicara itu sepatutnya berlaku sewaktu kisah topi NIKE dan kemeja bercorak berwarna biru dulu.
Sebagaimana aku telah melepaskan segala kisah duka yang tuan empunya hati itu tinggalkan untukku tatkala dia melafazkan akad tersebut. Begitu jualah aku ingin dia melupakan aku.
Aku telah memaafkannya dan aku juga berharap dia akan memaafkan diriku.

bercorak,
biru,
duka,
empunya,
Kemeja,
kisah,
melafazkan,
melepaskan
10 July 2016
Bas express vs bas express tambahan.
![]() |
| Langit yang cerah di sepanjang Highway. |
![]() |
| Subhanallah |
![]() |
| Cukup selesa walaupun sekadar bas tambahan. |
![]() |
| Hujan yang membawa rahmat dari Maha Pencipta disepanjang perjalanan |
![]() |
| Alhamdulillah. Akhirnya sampai di KL Sentral. |
Terima kasih Allah kerana telah mempermudahkan segalanya didalam perjalananku ini.
Labels:
Bas express vs Bas express tambahan,
Bas persiaran,
berbangsa Cina.,
hati berdetik,
kerusi,
melafazkan,
mencuba nasib
05 July 2016
18 June 2016
Salam Ramadan. Salam Dunia.
Menghampiri minggu ketiga umat Islam diseluruh Dunia berpuasa.
Sejak tahun 2012, setiap kali bulan Ramadan menjelma, aku rasa amat gembira.
Bulan yang penuh dengan keberkatan, keajaiban, keindahan, rahmat dan kasih sayangNYA.
Salam Ramadan Dunia!
Sejak tahun 2012, setiap kali bulan Ramadan menjelma, aku rasa amat gembira.
Bulan yang penuh dengan keberkatan, keajaiban, keindahan, rahmat dan kasih sayangNYA.
Salam Ramadan Dunia!
02 June 2016
Lafazkanlah suara hati itu
Kerana aku ingin mendengarnya
Bicara yang sekian lama
Terpahat disudut hatimu
Bicara yang sekian lama
Terpahat disudut hatimu
01 June 2016
Ringkas dan menyelerakan.....
Bau masakan kuah assam begitu menyelerakan.
Tapi selera makan aku tiba-tiba hilang.
Ketika memandang masakan itu, aku memang rindukan masakan itu.
Ringkas dan menyelerakan.
Tatkala dipelawa untuk makan bersama, aku menolak dengan alasan tiada selera.
Kesudahannya ketika sampai di rumah, aku kelaparan.
16 May 2016
Tentang dia.....
Wajah itu yang selalu aku cuba elakkan setiapkali balik ke kampung.
Bukan kerana benci. Bukan kerana dendam. Bukan kerana sakit hati
Tetapi.....
Kerana ada sesuatu didalam hati yang sukar untuk aku mengerti
Setiap pandangan mata
Setiap tutur bicara
Setiap bicara bahasa jiwa
Setiap lenggok bicara tanpa nada kata

28 April 2016
Tentang dia
Tatkala terpandang wajah itu
Hati jadi rindu dan sayu
Tatkala wajah itu dibandingkan dengan wajahku
Bertambah pelbagai rasa emosi yang bertamu disanubari
Hati jadi rindu dan sayu
Tatkala wajah itu dibandingkan dengan wajahku
Bertambah pelbagai rasa emosi yang bertamu disanubari
15 April 2016
Memilih atau tak terpilih!
"Kenapa tak kahwin lagi?" - bicara seorang teman lama
..... (Aku terdiam) sambil memikirkan kata-kata terbaik yang perlu dijawab.
"atau kau ni terlalu memilih sangat kot"! - bicaranya lagi sambil ketawa kecil.
lantas kata-kata ini laju meluncur keluar daripada bibirku - "Bukan memilih tetapi tak terpilih!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salahkah aku sekiranya jodoh belum lagi memperkenalkan gerangan empunya diri padaku?
Perlukah aku "melelongkan" diri semata-mata untuk dikahwini?
"Permata" hanya berada ditempat yang eksklusif saja. Dipamerkan pada yang berhak menghargainya.

08 March 2016
Tuhanku.....
Disaat dan ketika
insan telah melukakan dan menyakiti diri dan emosi
Tuhanku,
Engkau telah mendamaikan jiwa yang gundah-gulana ini
dengan sebuah bingkisan pedoman
Lantas.....
Aku tersenyum
dan hati kembali menjadi tenang
Tuhanku,
Terima kasih kerana tidak membiarkan aku bersendirian
tatkala rasa sedih itu datang mencengkam jiwa dan perasaan
mencintaiMu suatu kebahagiaan

bingkisan,
hati,
jiwa dan perasaan.,
jiwa yang gundah-gulana,
kebahagiaan,
kembali. suatu,
melukakan,
mendamaikan,
pedoman
04 March 2016
Lukisan didada langit - senjakala 2
Tatkala tersangkut didalam keadaan trafik jalanraya yang agak luarbiasa sesaknya, lukisan alam ini menggamit pandangan mata.
Allah Pencipta langit dan bumi (Al-Baqarah:117)
Labels:
luarbiasa,
Lukisan didada langit,
senjakala,
sesaknya,
trafik
14 February 2016
Merawat hati - Layakkah?
Lihatlah kelemahan pada diri sendiri
Sebelum melihat kelemahan yang ada pada diri orang lain
Bertanya pada diri sendiri,
Adakah aku layak untuk mengkritik orang lain.....
disaat dan ketika kelemahan itu sebenarnya berada didalam diri aku sendiri?

12 February 2016
Menjejaki kenangan silam - Chunghwa Picture Tubes (Kampar, Perak).
Sementara menantikan keputusan SPM diumumkan, mencari pengalaman dan duit poket dengan bekerja di sebuah kilang di daerah Kampar, Perak - Chunghwa Picture Tubes (C.P.T.).

Pengalaman akan mematangkan kita!
Bertemu dan berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat serta menyelami corak pemikiran mereka banyak mengajar aku tentang ilmu psikologi manusia secara tidak bertauliah.
Benarlah kata-kata sebahagian daripada mereka yang tidak pernah mendapatkan pengajian secara formal di mana-mana pusat pengajian tinggi - "Universiti tempat yang aku belajar adalah Universiti kehidupan. Universiti yang mengajar aku cara untuk hidup!".
Ada diantara masyarakat kita bangga kerana pernah atau dapat belajar di Universiti-universiti atau Pusat Pengajian Tinggi yang terkemuka tetapi bila berdepan dengan psikologi manusia, mereka berinteraksi tanpa emosi serta seni didalam berkomunikasi, yang adakalanya boleh mencetuskan perselisihan dan pergaduhan.
Manusia dikurniakan dengan pelbagai emosi dan perasaan, berbicaralah dengan hati tatkala berurusan dengan mereka dan bukan hanya dengan menggunakan akal fikiran semata-mata..
"In order to handle yourself, you must use your head; however, in order to handle others, you must use your heart" - Eleanor Roosevelt

berkomunikasi,
Eleanor Roosevelt.,
handle,
head,
heart,
Kenangan,
must,
pengalaman,
psikologi,
Pusat pengajian Tinggi,
Universiti,
yourself
05 February 2016
Manusia itu pelik!
Bila diberikan peluang untuk berbicara
- ianya mendiamkan diri walaupun meronta-ronta dalam benak sanubari untuk melafazkan kata
Tapi bila dibiarkan
- meroyan sendirian
aku atau engkaukah yang sebenarnya pelik!
- ianya mendiamkan diri walaupun meronta-ronta dalam benak sanubari untuk melafazkan kata
Tapi bila dibiarkan
- meroyan sendirian
aku atau engkaukah yang sebenarnya pelik!
Labels:
berbicara,
Manusia,
melafazkan,
meronta-ronta,
meroyan,
pelik,
peluang,
sendirian.
03 February 2016
Salahkah menjadi seseorang yang berbeza diluar kebiasaan yang biasa?

Bukan untuk mempromosikan drama korea (I hear your voice) ini - tapi drama ini menarik perhatian dan membuatkan saya terfikir tentang jalan cerita yang hampir mempunyai persamaan dengan "seseorang" yang pernah dikenali disepanjang hidup ini.
Watak Soo-Ha Park diwaktu kecil banyak sekali persamaan dengan "seseorang" itu. Seringkali dianggap pelik sekalipun oleh saudaranya yang terdekat disebabkan 'perbezaan' diantara dirinya dengan orang-orang disekelilingnya. Dia seringkali dicemuh kerana perbezaan itu.
Peliknya bilamana perkara seperti ini terjadi, kita akan terus menghukum seseorang itu sehingga dia dipulaukan seolah-olah dia adalah makhluk Allah yang perlu dijauhi. Dan.....dia tidak diberikan ruang dan peluang untuk bercerita tentang keadaan yang mana dia sendiri keliru dengan dirinya tatkala dia mula menyedari dan mengetahui akan perbezaan tersebut. Dia cuma mahu diberikan ruang dan peluang untuk didengari bicaranya dan memahami tanpa perlu dihukum untuk sesuatu yang bukan kesalahan yang dilakukan olehnya.
Dia berbeza kerana Allah memberikannya sesuatu diluar daripada kebiasaan manusia yang biasa. Dia dipinjamkan Allah dengan ilmu membaca fikiran orang lain dan dapat mendengar suara-suara yang tidak terluahkan disekelilingnya. Dia tidak gila. Dia juga bukan 'monster'.
Dia hanyalah manusia biasa cuma "warna hidupnya" yang sedikit berbeza.
Labels:
berbeza,
dipinjamkan,
drama korea,
fikiran,
gila,
I hear your voice,
ilmu,
membaca,
mendengar,
peliknya,
perbezaan,
Warna
29 January 2016
16 January 2016
Pemandangan yang menakjubkan - 9 Januari 2016
Tatkala lepak di rumah seorang teman, pandangan mata tertarik dengan lukisan yang terlakar di dada langit pada petang 9 Januari 2016.
Subhanallah! Menakjubkan.
Tetapi.....sayangnya aku bukanlah seorang jurugambar professional.
Mengagumi kebesaran Ilahi.
Labels:
bukanlah,
jurugambar professional.,
langit,
Lepak,
lukisan,
mengagumi,
pandangan mata,
seorang teman,
tertarik
Subscribe to:
Comments (Atom)