“To love without condition…..to talk without intention…..to give without reason…..and to care without expectation…..”
22 December 2006
Rezeki pada hari Jumaat.....
Sebahagian daripada pintu rezekiku telah dibukakan oleh Allah. Lewat petang tadi, terima berita yang menggembirakan daripada Ms. Karen.
Aku terlalu excited bila mendapat tahu berita tersebut.....selepas segala dugaan,halangan dan ujian yang aku alami disepanjang tahun 2006 ni.....benar-benar membuatkan aku lebih menghargai segala yang aku kecapi pada hari ini.
21 December 2006
Tak tau apa tajuk sebenar lagu ni tapi.....lagunya best. Ahaksss.
14 December 2006
Slam Dunk
Selama ini aku sangkakan hanya aku yang agak kebudak-budakan selama ini kerana masih lagi meminati kartunHanamichi, si rambut merah yang panas baran tapi cute dan suka berlagak! Ahaks....
Tapi, si hanamichi tu mengingatkan aku pada si Zam yang cepat perasan hebat tu.....huhuhu.....jangan marah Zam. Seronok nyakat ko!
Diari orang demam.....hari yang membosankan

Hari ini demam.
Aku paling bosan kalau nak kena makan ubat doktor. Selalunya aku akan makan kalau dah teruk sangat demam tu.....sebab tulah aku selalu kena marah dengan doktor.....ahaksss....
Doktor selalu pening kepala bila dia tengok aku masuk ke klinik dia setiapkali aku sakit.....sebabnya dia tahu bahawa aku hanya akan datang ke klinik sekiranya demam aku tu dah ditahap kritikal.
Tadi, kak As siap sms bertanyakan samada demam aku dah kebah ataupun belum. Siap dengan bagi tips lagi pulak tu.
Itu belum lagi bagitau kat Yus, sebab kebetulan tadi dia sms.....kalau bagitau kat dia yang aku ni demam, mau dia datang mengadap muka aku paksa aku pegi ke klinik. Pernah dulu kebetulan dia call pada waktu hampir tengah malam, bila dia dengar jer suara aku dah lain (tak seseksi selalu, katanya), dia mula membebel: tanya samada aku dah makan ubat ataupun belum, dah pegi ke klinik ataupun belum, dia siap risau lagi tu. Nak datang ke rumah pada malam tu jugak! Tapi, aku tak kasi dia datang kerana jauh, nanti kesian kat dia plak.....awal-awal pagi nak pegi keja. Kesudahannya bebellan dia berpanjangan dengan pesanan kalau rasa teruk sangat, terus call dia dan dia nak datang bawak aku ke klinik.
Tup-tup.....keesokan harinya dia awal pagi siap call lagi bertanyakan tentang keadaan aku. Bila dia masih lagi dengar nada suara aku yang masih lagi tidak seseksi biasa , katanya. Dia nekad nak datang tapi aku melarangnya datang kerana tak mahu mengganggu dia bekerja, tapi tahu-tahu jer , lepas maghrib dia call suruh aku turun (sebab rumah aku ditingkat 1 apartment), katanya dia tunggu aku kat bawah. Ahakssss
Dia datang dengan bala tenteranya hanya semata-mata nak menceriakanku dengan lawak-lawak bodohnya itu.....hahahahaha
Aduh! Baik sungguh adikku yang satu ini walaupun dia bukannya darah-dagingku sendiri. Aku rasa nak nangis jer pada waktu tu....siap dia nak bagi baju dia plak tu, untuk kesat mata yang hampir berair. Nak nyakat aku ler tu. Sabar jerlah....
Aduhai! Syahdunya kerana terasa disayangi....wah.....wah....wah....
11 December 2006
Something to share....."SMILES"
~ Thich Nhat Hanh ~
06 December 2006
Jodoh itu seumpama rama-rama?
Kata orang bahawa jodoh itu seumpama rama-rama..... Semakin kita mengejar, ia akan terbang semakin jauh. Tetapi, apabila kita berhenti kerana lelah atau kecewa, rama-rama itu akan hinggap dibahu.
Benarkah begitu?
Kerana aku pun sudah semakin lelah dan kecewa.....
Apakah yang ada dihatiku disaat ini?

Aku tak pasti apakah yang sebenarnya yang bersarang dihati, fikiran dan perasaanku disaat ini. Sepanjang tahun ini terlalu banyak sangat dugaan yang melanda hidupku, dan sehinggakan adakalanya aku merasakan
bahawa nafas dan hidupku sudah berada di penghujung perjalanan hidup ini. Terlalu parah, terlalu payah, terlalu sesak, terlalu tertekan dan terlalu hiba rasanya untuk aku hadapinya lagi.....
Aku tak pasti samada berapa lama lagi aku dapat bertahan dengan segala dugaan ini.....dan aku masih lagi berharap agar ada sinar yang lebih bersinar dengan ceria,bahagia dan gemilang untukku dimasa akan datang.
22 September 2006
Si Comel dan masa lalu.....

Selepas beberapa tahun tidak bersua dengan mereka berdua.....aduhai,wajah dan gaya Sha yang terkini kelihatan seperti seorang pelakon Korea.....aduh! Handsome sungguh.....
Sedangkan dahulu.....mereka berdua nilah yang sering jadi mangsa kebosanan aku.....apa tidaknya, dahlah dulu aku ni pemalu nak bercakap dengan orang sekeliling dan kawan aku yang paling rapat adalah buku-buku,radio dan tv dan si budak lelaki berdua ni. Aku boleh habiskan 5 buah novel dalam masa tiga hari saja! Cuma bila masa budak berdua ni datang mengetuk pintu dapur rumah mak aku dulu.....aku selalu jadi lemah dengan mereka berdua ni.....betapa sayangnyer aku pada mereka dan jadual aku akan berubah setiapkali mereka berada dihadapan mataku.....
Argh! rindu sangat pada masa dulu.....
Aku akan keluar bermain diluar rumah dan menunggang basikal bersama-sama dengan mereka. Selalunya masa nilah aku selalu kena perli dengan orang.....sebab mereka memang jarang nampak aku keluar rumah. Almaklum anak dara, nak control ayu.....kuang kuang kuang.....
Dan, bila setiapkali Allahyarhamah ibuku takde kawan yang dia nak ajak berborak sebab dulu aku memang tak banyak bercakap dan tak rajin nak berborak dengan orang sebab aku memang tak pandai nak bercakap dengan orang....takut orang selalu kecil hati bila setiap kali bercakap dengan aku..... atau bila setiapkali Allahyarhamah ibuku tengok aku asyik mengadap buku,buku,buku.....(dia pun bosan jugak agaknya bila dia tengok aku ni asyik mengadap buku jer kot!), dia akan letakkan si Bolats ni semasa dia masih bayi dibelakang badanku (kerana aku selalu membaca sambil berbaring mengiring) dan membiarkan si Bolats ni memanjat belakang badanku.....dan aku pun terpaksa breaks sekejap dengan buku-buku tu.....
Mereka berdua ni kiut sangat semasa bayi! Terutamanya si Bolats tu! Dia seringkali menjadi rebutan kerana senyumannya.
Zahin yang paling aku sayang sekali kerana kening dia tu yang mahal! Dia agak prihatin jika dibandingkan dengan abangnya si Bolats tu!
Kini kedua-duanya telah dewasa.....rasa segan pulak bila si Bolats ni tempohari menemaniku dan berjalan seiringan sewaktu bertandang ke majlis kahwin sepupunya. Iyalah.....mana tidaknya,budak comei dan kiut yang selalu aku usung kesana kemari dengan basikal aku dulu, kini dah lebih tinggi daripada aku! Dan, handsome plak tu! Alahai, pantasnya masa berlalu.....
21 September 2006
Suatu kenangan yang sukar untuk dilupakan.....

21 Septiembere 2006
Aku pasti bahawa semua orang pasti mengenali akan bangunan yang didalam gambar sebelah.
Aku ada kenangan yang agak lucu setiapkali memandang gambar tersebut.
Walaupun dah agak bertahun menetap di Lembah Klang, tapi aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Menara KL. Tapi, ada ketikanya rasa malu jugak sebab rakyat Malaysia yang tinggal diluar kawasan Lembah Kelang lebih up to date daripada aku ni.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Menara PETRONAS dan melangkah masuk ke bilik Senior Manager untuk proses temuduga, ingatanku tidak tertumpu 100% pada apa yang diperkatakan semasa temuduga. Aku terpaku melihat Menara Kuala Lumpur yang berada separas dengan bilik Senior Manager (Mr. Doraisingam). Jadi bila diajukan dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan tugas-tugas Setiausaha, aku menjawabnya dengan agak tergagap-gagap kerana aku asyik dengan bangunan Menara Kuala Lumpur itu.
04 September 2006
Tujuh Nafas lagi - M.Nasir
| Inikah dia Yang ku impikan Dalam lambaian firdausi Kali ini ku harapkan Bukan fatamorgana lagi Jiwa lama bersengketa Sedang hakikatnya kita sama-sama redha Hati hamba dah sedia Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi Sepertimu Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku Dalam seribu kekalutan ku cinta Dalam sejuta resah ku cinta jua Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta Rinduku bukan murahan Jika mahu dianggapkan mainan Kau tanya bilangan namamu ku sebut jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus Cinta ku yang ku maksudkan Seperti buih-buih di milik lautan Seperti nafas yang meresapi badan Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya |
24 August 2006
Educating Sara by Prof. Dato' Dr. Ibrahim Bajunid.
Ditulis oleh my "ex-Boss", yang budiman -Prof. Dato' Dr. Ibrahim Bajunid.
Pertama kali membacanya, air mataku menitis.....teringatkan Allahyarham ibundaku, Sariah Binti Abdul Majid. Beliau begitu mencintai ilmu.....tapi malangnya kerana kemiskinan menghalangnya daripada mengejar impian.....Dia selalu berkata: "Sekiranya mak berpeluang belajar dulu pastinya hidup kita akan lebih berubah....."
Dan sebahagian daripada pengalaman "SARA" itu ada berkaitan dengan pengalaman Allahyarhamah Ibundaku.
23 August 2006
Have you ever facing this kind of problem?
Perhaps, Perhaps, Perhaps - Cake
You won't admit you love me
And so how am I ever to know?
You only tell me
perhaps, perhaps, perhaps.
A million times I ask you,
and then I ask you over again,
you only answer
perhaps, perhaps, perhaps.
If you can't make your mind up
we'll never get started
And I don't wanna wind up
being parted, broken-hearted
So if you really love me
say yes
But if you don't, dear, confess
And please don't tell me
perhaps, perhaps, perhaps.
If you can't make your mind up
we'll never get started
And I don't wanna wind up
being parted, broken-hearted
So if you really love me, say yes
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
perhaps, perhaps, perhaps,
perhaps, perhaps, perhaps,
perhaps, perhaps,
per………….haps
16 August 2006
Samseng Jalanan
| 8 August 2006/ 12.45pm (sebuah kisah yang mungkin meragut nyawaku) Aku agak kelam-kabut pada hari ini kerana ada 3 appointment yang perlu aku hadapi pada hari ini.....satu di Klang, satu di Kelana Jaya dan satu lagi di Pusat Bandar Damansara. Jarak yang bertentangan diantara satu sama lain menjadikan perjalananku pada hari ini agak kelam-kabut. Aku rasa aku drive macam orang nak masuk kelayakan F1! Tapi, yang aku pasti memang laju giler hari ini. Aku tak terniat pun nak racing dengan sesiapapun pada waktu ini, cuma apa yang terlintas difikiran nak segera sampai ke tempat yang dituju kerana kalau boleh aku tak nak lambat untuk appointment, "not a good impression to other people". Tanpa disedari, semasa aku buat "U turn" berdekatan dengan Subang Airport adalah sebuah kereta volvo hijau ni yang tak puas hati dengan aku.....agaknya dia ingat aku nak ajak dia racing kot! Logik ke tidak orang giler tu.....kelisa nak ajak volvo race? Bingai betullah! Bukan setakat dia kejar kelisa aku tapi siap dia himpit dan buat aksi kejar-mengejar seperti dalam drama "Gerak Khas" tu.....this is a real story man! Dia himpit kereta aku 2 kali dan siap nak ugut aku melalui perbuatannya itu.....ataupun mungkin dia rasa tercabar sekaligus kerana aku wanita yang bertudung yang drive kereta "gile-gile camtu". Ada beberapa buah kereta yang menyaksikan adegan tersebut......dia siap pandang aku dan aku pun spontan pandang balik kat dia. Peduli apa aku. Aku lebih takutkan Allah. Bukannya manusia cam dia tu.....bukan nak riak atau takbur.....tapi cukuplah Allah sebagai pelindungku dan bukannya yang lain selain dari-Nya. Aku yakin bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar. Memang that guy tu "SICK" agaknya. Penyakit takbur dan riak kerana berkereta besar! (So.....other people must respect them just bcoz of their title or their "kedudukan and kekayaan"?). This kind of people are sick. Penyakit hati yang paling kronik! |
08 August 2006
Hakikat rezeki pemberian Allah SWT.
Balik dari appointment di Seksyen 14, Petaling Jaya, terfikir difikiran bila tengok jam dah menunjukkan waktu pukul 6.45 petang. "Argh! aku perlu balik sekarang atau kalau tidak akan tersangkut didalam traffic yang sesak yang teramatlah sangat di Damansara Damai tu".....bahkan dah terkenal di Seantero Malaya akan kesesakannya itu.
"Aik! clear pulak jalan ni, selalunya tak se"clear" ini", desis hati kecil ini.
"Wow! Best nie, sebab jalan clear.....tapi jam sudah menunjukkan waktu maghrib hampir menjelang.....nak kena cari Masjid nie.....hmmm,lepas nie bolehle pegi makan kat medan selera kat Sri Damansara tu", hati kecil ku yang membuat plan kerana perut terasa teramatlah laparnya.....
Lantas aku pun membelokkan keretaku ke arah Bandar Sri Damansara, aku nak bersolat di masjid yang sentiasa mengingatkan aku pada masjid di Makkah dan Madinah. Tak ingat namanya tapi masjidnya diatas bukit.....Masjid ini pernah beberapa kali keluar dalam siaran takbir raya di TV3. Bukan kerana masjid ini glamour tapi hati aku selalu rasa seperti digamit agar datang kesini.
Lepas solat maghrib,aku buat sujud syukur kerana hari ini ada beberapa perkara yang baik berlaku padaku. Alhamdulillah, sebahagian daripada kekusutan yang aku alami selama ini terlerai.....Maha Suci dan Maha Besar Allah, Dia tetap tidak menjauh sekalipun adakalanya hambaNya ini terlalai dan terleka seketika.
Bila selesai solat dan sujud syukur, ada seorang "auntie" ajak makan sebab dia dan geng2nya berpuasa pada hari ini.....alahai! segannya.....tapi hati tiba-tiba terdetik:
"Sekiranya ada seseorang yang mempelawa atau memberi rezeki padamu tanpa kamu memintanya, maka ambillah atau nikmatilah rezeki tersebut kerana sesungguhnya rezeki tersebut adalah merupakan rezeki yang Allah telah tentukan untukmu yang disalurkan melalui orang lain". Tapi aku tak ingat kat mana aku pernah baca ayat tersebut.
Maka dengan muka tak malunya, aku pun duduk sekumpulan dengan "auntie" tersebut.
Dah memang rezeki aku agaknya, ada nasi goreng, cempedak goreng, nangka, laksa Penang dan satay kajang Hj. Samuri yang sememangnya my favourite! Alhamdulillah .....syukur sangat pada Allah SWT.
Aku rasa akulah yang paling muda kat situ.....alahai....
Sesungguhnya hidayah, rezeki, jodoh atau saat kematian didalam kekuasaanNya, sesuatu yang sukar untuk dijangkakan.....
Syukur Alhamdulillah.....
07 August 2006
Notting Hill (best sangat cerita ni!)
Elvis Costello - She (Notting Hill Soundtrack)
http://music.ireans.com/title/48
She may be the face I can't forget
The trace of pleasure or regret
Maybe my treasure or the price
I have to pay
She may be the song that summer sings
May be the chill that autumn brings
May be a hundred different things
Within the measure of a day
She may be the beauty or the beast
May be the famine or the feast
May turn each day into a
Heaven or a Hell
She may be the mirror of my dreams
A smile reflected in a stream
She may not be what she may seem
Inside her shell....
Brigde:
She, who always seems so happy in a crowd
Whose eyes can be so private and so proud
No one's allowed to see them when they cry
She maybe the love that cannot hope to last
May come to me from shadows in the past
That I remember 'till the day I die
She maybe the reason I survive
The why and wherefore I'm alive
The one I care for through the rough and ready years
Me, I'll take the laughter and her tears
And make them all my souvenirs
For where she goes I've got to be
The meaning of my life is
She....She
Oh, she....
Mahligai Bernama Cinta - Farish
Suatu yg bernama cinta
Kupeluk jasadmu
Dalam bayangan
Biar tak terasa
Namun ku bahagia
Resahku Berlalu
Rindu pun bertakhta
Mengharap mimpi
Memutik kenyataan
Tersentuh di jiwa
Terkesan di hati
Kemelut nan melanda
Diminda ku ini
Ingin ku katakan
Tapi tak berani
Bimbang jika kau berubah hati
Menjadi benci
Satukan dua jiwa ini
Di mahligai bernama cinta
Biar harus aku korbankan kaulah segalanya
Kasih dapatkah kau mengerti
Apa yg tersirat di hati
Bukan gurauan satu kebenaran
Nyata impianku bukan khayalan
Kesabaran kini ternyata ber erti
Kesetiaanku telah dihargai
Kujanjikan kebahagiaan tuk selamanya
Tabahkanlah hatimu oh kasih
Mengharungi dugaan
Kutetap disisimu oh kasih
Usah kau curiga
Percayalah sayangku
31 July 2006
30 Julai 2006 (SUNWAY FAMILY DAY
Wow! hari ini adalah hari yang paling memenatkan tapi best!
For the whole day, I just laugh, laugh and laugh!
Kadang-kadang hairan sungguh kehidupan ini, banyak perkara berlaku adakalanya bertentangan dengan apa yang kita idamkan atau impikan didalam hidup ini.
Dia adalah rakan sekelas yang mana dulu aku agak skima bila bertentangan mata dengannya.....dia selalu "over acting" dan bolehlah jugak dikatakan antara pelajar terbaik sekolah! Iyalah.....manakan mungkin sepadan nak berbual mesra dengan aku yang kerek ni dan dahlah tak pandai, sepertimana dirinya. Tapi, semalam.....barulah dirinya aku kenali walaupun tidak sepenuhnya.
We had a good time yesterday.....sehinggakan adakalanya aku rasa nak seligi jer dirinya bila dia lebih pentingkan "cap SUNWAY" nya daripada nyawa aku! Ada ka patut budak tu! Hish! sabar jer aku. Nyawa aku nyaris nak melayang semalam disebabkan "CAP SUNWAY" jingga miliknya itu.
Seharian menjerit sehinggakan tekak aku rasa agak kurang selesa.....iyalah semua games yang ada kat situ aku main kecuali "flying ship" dan games yang aku rasa tak serasi dengan taste aku seperti "cawan bodoh", "kuda pusing" dan ada beberapa lagi yang aku lupa. Ada ke patut si yati tu suruh aku naik "cawan bodoh" tu bila dia bengang sebab aku tak nak temankan dia naik "flying ship" tu.....huh! tak naklah aku naik benda alah tu.....aku tengok ianya tak berapa secured sangat.....SCARY beb!
Tapi dia tu aku respect betul kat dia. TOMAHAWK tu 2x dia naik, aku naik sekalipun dah rasa nak tercabut kepala lutut ni! Dahlah tempurung lutut aku ni pernah beralih masa accident masa form 3 dulu.....lagilah rasa lemah longlai terus sewaktu aku turun daripada TOMAHAWK tu. Tapi si yati ni steady jer aku tengok dia.....rupa-rupanya dia tutup mata setiapkali games tu! Hampeh betul! Sabar jer aku....patutlah dia tak se "excited" aku yang terjerit-jerit nie.....
27 May 2006
UTADA HIKARU - First Love
Saigo no kisu wa tabako no flavor ga shita
Nigakute setsunai kaori
Ashita no imagoro ni wa
Anata wa doko ni irundarou
Dare wo omotterundarou
You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I'll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashi uta utaeru made
Tachidomaru jikan ga
Ugoki dasouto shiteru
Wasureta kunai kotobakari
Ashita no imagoro niwa
Watashi wa kitto naiteru
Anatawo omotterundarou
You will always be inside my heart
Itsumo anata dake no basho ga aru kara
I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made
You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I'll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Mada kanashii love song
Now and forever
MyTeam di Stadium Bukit Jalil (28 May 2006)
Agak-agak ramai tak yang menyaksikan MyTeam tu esok? Teruja jugak aku, nak tahu ler jugak kehebatan MyTeam tu.....walaupun diary tentang mereka tak pernah aku miss di TV3 setiap malam Selasa.
Dan, mereka semua tu kelakar, aktif, dan happening. Yang pentingnya adalah their burning desire yang cukup aku kagumi. Pantang menyerah sebelum kalah berjuang!!!!!
Berjuang untuk masa depan yang lebih baik.
Berjuang untuk kepuasan diri sendiri.
Berjuang untuk keupayaan, kemahiran serta bakat yang terpendam.
Aku pelajari sesuatu daripada MyTeam iaitu soal malu, malas, ego, degil serta "keras kepala", perlu ditolak ke tepi sekiranya ingin berjaya.
Kerana mereka ingin menjadi....."Simply the best for themself!"
Akhirnya......
yeyeyeyeye.....
Aku dah ada blog aku sendiri.....happy sungguh! Sudah sekian lama aku impikan blog aku sendiri, supaya dapat aku luahkan segala yang terpendam dihati, perasaan dan fikiran.....

